Tuesday, August 5, 2014

ANUAR IBRAHIM PEROSAK KATA TAMRIN GHAFAR


Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah merosakkan imej PAS serta Pakatan Rakyat di Selangor apabila mahukan Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar


Menurut beliau, usaha Anwar untuk memastikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor sedikit sebanyak merosakkan reputasi PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau berkata kesilapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya.

Beliau menyifatkan bahawa Anwar hanya mementingkan parti serta dirinya sendiri apabila terlalu teruja membuat kenyataan bahawa isterinya sendiri akan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar tanpa berbincang dengan parti komponen yang lain. 

"Apabila Anwar membuat kenyataan bakal pengganti Khalid, itu dia bercakap bagi pihak partinya PKR, bukan bagi pihak Pakatan."

Menurut beliau, tindakan Anwar itu telah menyebabkan keretakkan diantara PAS dan Pakatan Rakyat. 

"Mungkin pada PAS, kelemahan Anwar ialah mengumumkan nama pengganti MB sebelum 10 Ogos. Mungkin juga kelemahan kita ialah membuat kenyataan umum sebelum tarikh itu," katanya. 

Tamrin juga mengaitkan Anwar dengan Umno apabila mahu semua ahli dan penyokong Pakatan lebih mengutamakan parti dan bukannya pemimpin seperti yang dilakukan didalam Umno. 

"Jangan biarkan, malah menggalakkan amalan membisu dan mengampu yang ada pada Umno menular ke dalam parti kita. Yang penting ialah perjuangan parti bukan pemimpin," katanya lagi. 

BK : ANUAR PEROSAK. TAMRIN GHAFAR ANAI ANAI