Tuesday, August 5, 2014

ANAK NASUTION BELASAH TS KHALID MACAM DIA SEPERTI MALAIKAT


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana masalah "keraguan integriti" susulan isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.

Saifuddin mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid (kanan).l 


Selain itu Saifuddin mendakwa, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama. Perkara itu antara kandungan dokumen penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat esok bagi mewajarkan cadangan penukaran Khalid daripada menerajui pentadbiran Selangor.


Tak anggap korup Saifuddin turut menyatakan dokumen mahkamah berkenaan penyelesaian hutang itu turut dilampirkan bersama penjelasan tersebut. 


Beliau menyatakan keputusan menyampaikan dokumen bertulis itu adalah hasil pertemuan beliau dengan pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Amnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohammad Sabu serta Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lalu. Saifuddin bagaimanapun menegaskan beliau dan parti tidak menganggap Khalid sebagai pemimpin korup tetapi menyatakan integritinya sebagai menteri besar "bermasalah." "Selain masalah keraguan integriti asa beberapa isu lain. "Kami telah memanggil beliau (Khalid) untuk menjelaskan tetapi tidak menerima jawapan yang memuaskan," katanya. 


Isu air dimuatkan Selain itu Saifuddin mendedahkan isu penstrukturan semula industri air turut menjadi dimuatkan dalam dokumen setebal kira-kira 40 muka surat itu. Beliau menyatakan Khalid telah mengabaikan jawatankuasa air Pakatan yang dipersetujui sendiri oleh menteri besar itu dan menandatangani perjanjian persetujuan dengan Putrajaya Jumaat lalu tanpa membincangkannya. 

"Ada satu jawatankuasa yang kita minta secara tertib supaya bantu Khalid untuk penstrukturan air dianggotai Tony Pua, Dr Dzulkifly (Ahmad) dan Rafizi (Ramli) "Sekalipun dia setuju dengan keputusan pimpinan pakatan ini, beliau anggap jawatankuasa ini seolah-olah tak wujud," kata beliau

BK : PUAK PKR NI BAB LONDEH DAN BALUN BELAKANG MEMANG KESUKAAN MEREKA. KENAPA LA NI BARU NAK BONGKAQ. KENAPA LA NI BARU NAK KELUAQ?