Wednesday, May 21, 2014

PRK51 : RAM TUDUH HUAN FITNAHNYA SEBAGAI GAY





Penceramah: Ramkarpal Singh

Wujud banyak isu yang mesti bawa ke Parlimen seperti UMNO, Najib, Mahathir adalah isu besar. Beliau menuduh Huan Cheng Guan cakap dia gay, mengkritik dia main-main bukan serius. Seorang lagi main-main, jatuh di depan kereta Ketua Menteri. Beliau menghormati lawan, tetapi lawannya main-main dan tidak serius.

-Beliau juga memperkenalkan calon DAP Teluk Intan, Dyana Sophia. Beliau menuduh UMNO main isu perkauman. BN main isu perkauman apabila susah. Beliau memberi contoh Apa Cina Mahu dalam Utusan Melayu satu hari selepas PRU. Apa tindakan diambil... Isu video Lingam juga dikatakan.

-Beliau berkata sebelum Mahathir jadi PM, Melayu, Cina dan India tidak ada masalah. Beliau mengkritik Shahrizat mengatakan Dyana sebagai pengkhianat. Apa salahnya. 

-Pakatan Rakyat mempunyai wakil rakyat yang kuat seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Beliau juga cakap bapanya kuat lawan dan pernah dipenjarakan suatu ketika dulu. Beliau mengkritik BN banyak janji dan tidak pernah ditunaikan, banyak tipu. Apa yg dibuat selepas PRU13, GST, beliau mengkritik kerajaan sudah tidak ada duit, oleh itu melaksanakan GST. Beliau menyeru rakyat ubah dengan keluar mengundi pada 525 dan menghantar mesej jangan main-main kepada Najib.