Wednesday, May 21, 2014

PRK51 : DAP TETAP TOLAK HUDUD - LYDIA KOK FOOI



LOKASI :DM Taman Paya Terubong

Penceramah: Lydia Ong Kok Fooi

-Beliau berasa sedih atas isu pemimpin yang selalu mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan seperti pendatang, penceroboh dan lain. Beliau juga mengkritik kerajaan yang menukar silibus semasa Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pendidikan sehinggakan dasar yang tidak seimbang dihasilkan. Dengan ideologi BN, kerajaan akan mundur. 

-Beliau berkata rakyat zaman dulu sudah tahu apa dia muhibbah, dan bukannya 1 Malaysia. Jikalau ideologi perkauman diteruskan, maka akan memecah-belahkan rakyat. Ideologi politik DAP adalah Malaysian Malaysia, kesederhanaan dan lain-lain.

-Beliau berkata dia merupakan seorang surirumahtangga, tetapi dengan kes yang berlaku Choo Gait Yap dan beberapa orang kes wanita, beliau sanggup keluar untuk berjuang atas hak wanita.

-Beliau berkata politik yang diceburinya bukan untuk apa, tetapi untuk perjuangan demi rakyat, mereka tidak dapat apa-apa projek pun. 

-Beliau mengatakan DAP menolak Hudud kerana sebuah negara tidak akan mengadakan 2 sistem Penal Code. Beliau mengatakan ini merupakan taktik BN yang cuba mengelirukan. DAP tidak serupa BN, mempunyai wang dan orang yang banyak. DAP hanya ada sokongan rakyat.