Wednesday, June 12, 2013

PRU 14 : PRU 13 BUKTI UMNO TERUS MARA


walaupun mat taib tinggalkan umno, umno umno tetap terus mendapat undian tertinggi melayu. mujurlah pemimpin macam ni tinggalkan umno. dah kenyang baham hak rakyat, tinggalkan umno. busukkan nama umno

Keputusan PRU-13, jelas menunjukkan Undi Melayu adalah Faktor Utama UMNO masih bernafas.

PARLIMEN KERUSI MELAYU (TIDAK TERMASUK KERUSI PARLIMEN MELAYU DI SARAWAK)

UMNO = 88
PAS = 21
PKR = 16
Jumlah = 125 (Majoriti Mudah)

Kerusi Parlimen Kawasan Melayu jelas lebih memihak kepada UMNO terutama di kawasan luar bandar walaupun tanpa mendapat sokongan majoriti kaum cina.Walaupun di katakan Melayu sudah berubah menyokong DAP dan Calon Cina, namun ia masih kecil dan gagal mengubah persepsi itu.

pas dilihat lebih takut kepada dap dan merasakan bila sahaja mereka menyebut soal melayu maka mereka di anggap seperti umno. PRU 14 bakal menyaksikan sama ada umno mampu memenangi semua kerusi yang ditandingi tanpa mendapat sokongan cina.

dalam kedudukan sekarang, umno perlu berubah dan berikan tumpuan kepada pengundi yang mengundi anda. dap telah bersedia pada 6 mei 2013 selepas mereka kalah. mereka ada pelan tektikal sekiranya mereka gagal pada 5 mei lalu. bagaimana dengan UMNO?

BK harap umno berubah secara realiti dan bukannya berfantasi dengan vokal yang tiada hujung yang pasti.