Wednesday, June 12, 2013

PRU 14 : DAP LEAD, PAS DAN PKR FOLLOW. PR TIDAK BERSATU DI SABAH


bapaknya berjuang secara berhemah walaupun di tikam nuar brahim dari belakang. anaknya pulak dah kaya raya waktu dalam umno, kemudian bila tiada jawatan masuk pr untuk cari publisiti dan tohmah umno. inilah tamrin ghafar.dalam banyak banyak tamrin , tamrin apa yang tak boleh di ikut oleh anak usrah ialah TAMRIN GHAFAR

Pilihan raya umum pada 5 Mei lalu memberi pengajaran berharga kepada Pembangkang di Sabah, memandangkan BN dapat ditewaskan di empat kerusi parlimen dan lapan kerusi dewan undangan negeri jika tidak berlaku perpecahan undi untuk calon-calon Pembangkang.

Empat kerusi parlimen itu ialah Kota Marudu, Keningau, Tenom dan Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN yang berkenaan ialah Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Nabawan dan Elopura.

Malah, jika pembangkang bersatu( MAKSUDNYA PR TAK BERSATU DI SABAH DALAM PRU 13) ia mungkin boleh memenangi 11 kerusi Parlimen (iaitu tiga yang telah dimenangi, ditambah dengan empat yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah, dan empat lagi kerusi, iaitu Beaufort, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (iaitu 12 yang ada sekarang, ditambah dengan lapan yang terlepas kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu Tanjong Kapor, Karanaan, Kemabong, Sook, Karamunting dan Tanjong Papat).

Bagi PRU13 saya percaya lebih mudah untuk Pakatan merebut kerajaan persekutuan di Putrajaya daripada memenangi kerajaan negeri Sabah.

Bagaimanapun, Pakatan menghadapi cabaran yang amat berbeza untuk pilihan raya umum ke-14 kerana ia mempunyai dua objektif serangkai – untuk memenangi kerajaan persekutuan di Putrajaya dan juga merebut Kerajaan Negeri Sabah.

Atas sebab ini, saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam pilihan raya umum ke-13.

Kita juga perlu membina asas yang kukuh bagi merebut pentadbiran Sabah dalam pilihan raya umum umum ke-14.

Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam pilihan raya umum ke-14.

Kawasan terbabit adalah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai.

Untuk membantu kempen DAP dan Pakatan di Sabah bagi pilihanr raya umum ke-14, ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat.
Jawatankuasa Negeri Sabah bersama-sama dengan Teresa Kok, penyelaras CEC bagi Sabah dan Sarawak, akan merangka perincian bagi program kawasan angkat ini yang akan membolehkan lebih daripada seorang wakil rakyat DAP dilantik sebagai wakil rakyat angkat bagi setiap satu dari 13 kawasan terbabit.

Sebagai langkah mula, kit siang  akan mengambil Karanaan sebagai DUN angkat memandangkan saya telah melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan Kg Sarapong kelmarin.