Sunday, June 17, 2012

RENCANA : GUAN ENG VS TAN CHENG YEOW




Dipetik dari : Sembangpakzad

Apabila Teng Chang Yeow( TCY) berkata " I have a vision for developing Penang "( NST 10 June 2012),sudah tentunya kenyataan ini menjadi satu ancaman kepada Guan Eng dan para strategist DAP. Lebih-lebih lagi ia adalah satu kenyataan daripada Pengerusi Barisan National Pulau Pinang yang baru saja dilantik oleh Dato Seri Najib. Maknanya Teng telah menawarkan satu lagi " offer" baru kepada rakyat Pulau Pinang sebagai " counter offer " kepada apa yang di tawarkan oleh Kerajaan Guan Eng.



Inilah yang memeningkan kepala Guan Eng Dan para strategist DAP, sebagai Kerajaan Negeri sepatutnya Guan Eng yang membuat offer " that DAP have a vision for developing Penang ". Tetapi ini belum dilakukan oleh Guan Eng Dan DAP kerana itu Teng ( TCY) mengatakan " ...but obviously they have not come up with anything after four years" dan yang lebih parah lagi kata Teng (TCY) " The direction of the state is actually aimless. They don't have any policy or blueprint for Penang". Ini adalah satu pandangan " provokasi" Teng (TCY) dan BN kepada Guan Eng Dan DAP. Berdasarkan itu lah Guan Eng dan para strategist DAP terpaksa mengunakan strategi " blaming " , dengan menyatakan " everything that has gone wrong for Penang was caused by previous state goverment". Ini satu cara para strategist DAP cuba untuk melarikan diri daripada provokasi yang di buat oleh Teng ( TCY) dan ini juga cara nya para strategist DAP untuk melawan strategi dengan BN dengan mengunakan kaedah membentuk "  perception " di minda pengundi Dan rakyat Pulau Pinang.



Tetapi pada kali ini Teng (TCY), lebih bijak dalam melawan strategi provokasi Guan Eng Dan para strategist DAP iaitu mengunakan strategi mencabar Guan Eng melalui " fighting PR policy to policy instead of harpening on the pact failure"( The Malaysia Insider 27/5/2012). Makna nya Teng (TCY) dan BN mahu berperang strategi secara bersemuka Dari depan  " face to face ". Bagi Teng (TCY) " his strategy was to extol BN abilities instead of focus on PR weaknesses ..." Teng(TCY) mahu BN tunjukkan kepada pengundi bahawa polisi atau dasar BN sentiasa lebih baik dari PR. Pendekatan ini sudah tentu akan memberikan satu impak yang tinggi kepada strategi Guan Eng dan para strategist DAP dalam agenda untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat.



Tidak hairan sejak Teng(TCY) dilantik memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang , beliau telah di serang oleh DAP untuk mencemarnya seperti katanya " it's shows how concerned they have become with what I want to do for Penang that they are having almost daily press conferences attacking me ". Jelas Guan Eng Dan para strategist DAP telah mengunakan strategi " mencemarkan imej " Teng Dan seterusnya membina persepsi negatif dalam hati pengundi terhadap Teng. Apakah Guan Eng Dan para strategist DAP berjaya ? Ini satu soalan yang tidak mudah untuk mendapatkannya. Tetapi daripada kenyataan Teng yang juga menyedari bahawa " people are now assesing us,how we are going to be better than the PR goverment,what could we offer to them ", Teng boleh memberi satu tamparan hebat kepada DAP terutamanya dalam persaingan untuk mendapat undi majoriti Cina.



Dengan minda " I have a vision for developing Penang" Dan dengan semangat " its a battle that we need to fight with competence,good strategy and detailed war plan ", pastinya Teng dan para strategist BN sudah bersedia untuk berperang dalam PRU 13 dengan Guan Eng dan para strategist DAP dan PR. Ini lah yang pastinya menakutkan Guan Eng, kerana mereka lebih bersedia untuk berperang dengan TanSri Koh daripada Teng (TCY). Kata Teng lagi " No one will go into battle without thinking of winning.Any general who has led a war will have this in mind", makna Teng sudah set kan targetnya iaitu PRU 13, Guan Eng dan DAP boleh ucapan sayonara Pulau Pinang"?. Pada Kali ini Teng telah berjaya Dalam  provokasinya kepada Guan Eng dan DAP.