Tuesday, March 13, 2012

PASCA E 13 : UMNO DARI SUDUT PANDANG TENGKU RAZALEIGH


Ku Li tetap tanding jikapun tidak dicalon

SHAH ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.

Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.

Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini.

Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.

Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali.

"Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.

Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat.

"Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi.

Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.

Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih.

KESIMPULAN :

DURI DALAM DAGING.
GUNTING DALAM LIPATAN.
UDANG DISEBALIK BATU
PAGAR MAKAN PADI

TAK PERLU NAK ULAS PANJANG-PANJANG. KU LI BAGI LAH LALUAN PADANG ORANG MUDA. ZAMAN HANG JADI BENDAHARI UMNO DAN MENTERI KEWANGAN DULU PUN, HANG BAHAM JUGA PROJEK KERAJAAN. DALAM PEJABAT HANG PUN KATAKAN ADA ARAK. INGAT TAK KISAH PAS LETAKKAN GAMBAR ARAK DI PEJABAT KU LI?KADANG KADANG ORANG POLITIK INI CAKAP LEBIH DARI ORANG BODOH SEHINGGA YAKIN BAHAWA DIRI MEREKA ADALAH SEMPURNA DAN ZAMAN MEREKA ADALAH ZAMAN TERBAIK MEMIMPIN UMNO.