Tuesday, March 13, 2012

PASCA E 13 : SHARIZAT JALIL DAH BERUNDUR, GUAN ENG PULAK PANAS PUNGGUNG


kenyataan guan eng dalam bernama  12/3/12:

"Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata rakyat sendiri perlu menilai tindakan yang dilakukan oleh Shahrizat. Beliau bagaimanapun menyifatkan pengunduran Shahrizat itu tidak ikhlas dan tidak dilakukan sepenuh hati.

( berundur pun salah, tak berundur pun salah. semua rakyat malaysia harus tahu pengunduran sharizat adalah atas dasar kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin . ini berbeza dengan guan eng yang melaungkan soal kredibiliti tetapi langsung tiada kredibiliti. misalnya guan eng sehingga sekarang tiada kredibiliti kerana gagal menunaikan janji manifesto dap khusus untuk negeri pulau pinang. konsep lestari alam tidak berjaya kerana penang penuh dengan sampah sarap dan yang paling nyata sekali ialah soal kesesakan lalu lintas. soal kredibiliti ini sama sahaja. sama ada kes nfc atau pun kes manifesto. perlu juga di ingat yang meminjam bukannya sharizat tetapi suaminya. Atas dasar profesional, sharizat berundur secara terhormat. Lagi satu bukanlah sharizat mempengaruhi keputusan kementerian pertanian ketika itu untuk suaminya berjaya dalam kes pinjaman nfc.)
"Jika anda (Shahrizat) mahu berundur kenapa anda tidak berundur sekarang, kenapa tunggu sehingga 8 April, dan lagi satu kenapa beliau turut memegang jawatan Ketua Wanita Umno, sama ada anda letak semua jawatan atau anda tidak letak jawatan langsung," katanya. - Bernama

( soal pegang jawatan ketua wanita  bukan soalnya wahai si celaka guan eng. anwar ibrahim lagi teruk. lagi dalam kes sedang berjalan pun nak pegang jawatan ahli parlimen dan pegang jawatan dalam pkr.adun adun dap yang kantoi dalam kes penyelewengan pun dok pegang jawatan lagi. ayoo yo yo guan eng, jaga lu punya periuk nasi dap dulu, baru boleh jaga periuk nasi orang lain.