Monday, September 12, 2011

MAJLIS HARI RAYA 1 MALAYSIA : PETANDA AWAL PR TUMBANG DI PULAU PINANG



Tanggal 11/9/11 merupakan tarikh yang bersejarah buat penduduk permatang pauh dan malaysia. Apa tidaknya, majlis sambutan hari raya peringkat kebangsaan berlangsung dalam keadaan di luar jangkaan jumlah kehadirannya. Menurut laporan kebanyakan media cetak dan elekronik mereka menyebut jumlah kehadiran antara 25 000 ke 30000 orang. Namun, teman yang berada di sana mulai jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang meletakkan unjuran angka sebanyak lebih kurang 38 ribu orang. Jumlah kehadiran yang diperolehi telah mengejutkan banyak pihak dan sudah pasti ketua menteri serta exco nya yang hadir pening kepala pada hari ini.

Berdasar sumber dalaman, pihak penganjur hanya meletakkan sasaran sehingga 20 ribu orang sahaja. Utusan sebelum ini pula melaporkan penganjur meletakkan sasaran seramai 10 ribu orang. Namun, dengan kuasa Allah yang hadir melepasi angkat 35 ribu orang. Walaupun Allah takdirkan hujan sehingga jam 9.30 pagi, namun dengan kuasa Allah jua juga mengeluarkan sekalian puluhan ribu manusia hadir ke sana.Malah, teman ada juga mendengar pihak pembangkang bersyukur kerana hujan turun dengan lebat dan sudah tentu ramai orang tidak akan hadir. Ada juga yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Allah tak restu najib mai permatang pauh.

Mereka seolah-olah mengarahkan Allah menurunkan hujan. Mereka seolah-olah merancang untuk menjatuhkan hamba Allah dengan kententuan. Wahai sekalian manusia , fahamilah  bahawa :

Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar

Maksud beriman kepada Qada’ dan Qadar adalah:
1. Meyakini dan mempercayai bahawa segala yang berlaku ke atas manusia bahkan ke atas seluruh isi alam ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak dari azali lagi.
2. Segala ketentuan baik dan ketentuan buruk telah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi.

Dalil Wajib Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar

Sabda Rasulullah S.A.W. artinya: (Iman) kamu percaya kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kita-Nya, Rasul-rasul-Nya dan Hari Kiamat, dan kamu percaya pada ketentuan baik dan ketentuan buruk…. (Hadis)

Maksud Qada’ dan Qadar
Erti Qada’
Menurut Bahasa Qada’ adalah Hukum. Sedang menurut Syarak Qada’ adalah Ketentuan atau ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas makhluknya sejak dari azali lagi.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Apabila disebut tentang qadar maka diamlah...(Hadis riwayat Tabrani dan Abu Nuaim)

Peringatan daripada dalil hadis di atas dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada’ dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakan mua"lim cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada’ dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam. Apabila disebut tentang qadar maka diamlah..., bermaksud, siapakah kita hendak mempersoalkan keputusan Allah? ( teman ingatkan kepada semua termasuk pas, pkr dan dap, janganlah kamu tak percaya dengan apa yang berlaku semalam. Allah dah tentukan yang hadir melebihi angka 30 ribu orang)

TAHNIAH PEMATANG PAUH.
TAHNIAH UMNO DAN BN PULAU PINANG
TAHNIAH KPKK