Thursday, July 10, 2014

MAHFUZ BERI ISYARAT BAKAL BERLAKU PERTUKARAN MB SELANGOR



PAS akan memantau dari semasa ke semasa serta sedia berbincang dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat berhubung 'kemelut' yang berlaku di Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang perubahan dan keputusan kedudukan Menteri Besar Selangor akan dibincangkan bersama dalam rakan-rakan Pakatan Rakyat.

"Sama ada berlakunya perubahan kita akan putuskan kemudian di dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau turut menegaskan Pakatan Rakyat yang terbentuk pada 2008 adalah bersifat kerajaan campuran dan perbincangan hanya melibatkan tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa yang akan menjadi menteri besar mereka.

"Saya tidak boleh komen sebab PAS pun tidak ada nama untuk dilantik MB," katanya sebaik ditanya media berhubung desas-desus Persuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad bakal dilantik menjadi menteri besar.

Isu pertukaran menteri besar katanya bukanlah satu isu yang besar atau perlu diperbesarkan kerana keadaan ini juga pernah berlaku di negeri Terengganu.

"Satu perkara biasa sahaja, di Terengganu pun berlaku pertukaran menteri besar," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.-hd

TAHNIAH JOKOWI PRESIDEN INDONESIA?


Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dan gandingannya Jusuf Kalla (JK) didapati mendahului pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia 2014 di republik itu pada Rabu.

AntaraNews.com melaporkan berdasarkan laporan Lingkaran Survei Indonesia (LSI), Jokowi dan Jusuf daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menang di lima wilayah besar di republik itu.

Berdasarkan kiraan pantas portal agensi berita itu memetik petugas (peneliti) LSI Ardian Sopa sebagai berkata bahawa berdasarkan kiraan pantas undi membabitkan tujuh wilayah, Jokowi dan Jusuf menang di Jakarta (54.71 peratus undi), Jawa Tengah (53.65 peratus), Jawa Timur (59.77 peratus), Sumatera Utara (59.77 peratus) serta Sulawesi Selatan (71.82 peratus).

Sementara pencabar Jokowi, Prabowo Subianto dan pasangannya Hatta Rajasa dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dilaporkan menang di wilayah Jawa Barat apabila meraih 59.80 peratus undi dan 58.73 peratus undi di Banten

"Jokowi menang besar di kubu kuat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) seperti Jawa Tengah, Jawa Timur, Sulawesi Selatan," kata Ardian kepada AntaraNews.com.

"Jawa Tengah memang kubu PDIP. Kemudian Jawa Timur adalah kubu Parti Kebangkitan Bangsa yang menjadi penyokong utama Jokowi-JK, dan Sulawesi Selatan adalah kubu terbesar Jokowi," katanya kepada AntaraNews.com.

Ardian berkata wilayah Jawa Barat dan Banten merupakan kubu terbesar Prabowo-Hatta dalam pemilihan presiden dan wakil presiden 2014.

Kiraan pantas LSI selepas 98.05 peratus kertas undi diterima setakat 3 petang waktu tempatan (Waktu Indonesia Barat) mendapati gandingan Joko Widodo dan Jusuf Kalla mendahului Pemilu Presiden 2014 apabila meraih 53.37 peratus undi, manakala pencabar mereka Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa sekadar memperoleh 46.63 peratus undi.

Menurut AntaraNews.com kiraan pantas LSI berdasarkan kepada 8,000 responden di 2,000 tempat penjumlahan undi (TPS) yang dipilih secara rawak daripada 188,246,645 pemilih berdaftar dan 478,833 TPS di seluruh Indonesia.

sumber : mstar

Wednesday, July 2, 2014

GUAN ENG MESRA ISLAM ?




KENYATAAN LGE SEMPENA RAMADHAN :


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa 

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 29 Jun 2014. 

Kerajaan negeri mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga bulan yang suci ini dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kita sesama rakyat Malaysia. 

Bulan Ramadhan ini adalah masa dan saatnya bagi umat Islam berhadapan dengan ujian hidup, ujian jasmani dan rohani. Saya kagum dengan kecekalan dan semangat umat Islam mengharungi ujian yang suci ini. 


Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan sumbangan Ehya Ramadan sebanyak RM 222,000 kepada semua masjid dan surau utama di seluruh negeri. Kami telahpun harap-harapkan bahawa bulan Ramadan boleh disambut dengan pembukaan rasmi Kompleks Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang yang baru. 

APAKAH ZAMAN BN , KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMBERI BANTUAN DALAM 

BULAN RAMADHAN? DALAM KEADAAN BUKAN PEMERINTAH PUN , UMNO TETAP 

MENGHULURKAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA SEMUA MASJID DAN SURAU.

Kerajaan negeri telahpun memberikan tanah seluas 3.49 ekar di Bukit Gantong/Jalan Scotland yang kini bernilai RM100 juta untuk membina Kompleks Mahkamah Syariah. 

TANAH MAHKAMAH DAN KOS MAHKAMAH TELAH DILULUSKAN SEJAK ZAMAN BN 

MEMERINTAH LAGI. SO LGE TAK PERLULAH BERBOHONG. BERCAKAPLAH 

BENAR. 


Kos pembinaan RM36 juta dibiayai oleh kerajaan pusat setinggi tujuh tingkat yang 

mesra orang kelainan upaya (OKU) akan menyediakan dewan bicara, kamar hakim, 

dewan serba guna, surau, perpustakaan, balai polis, kafeteria dan pusat penjagaan 

kanak-kanak.Akan tetapi pembinaan telahpun siap lewat dan dijangka siap akhir 

tahun ini. ( KERAJAAN BN YANG TANGGUNG.)



Sempena Ramadhan ini juga saya berharap kita rakyat Malaysia sentiasa mengekalkan rasa 

kasih-sayang antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Saya yakin semangat 

dan amalan dari hati yang ikhlas akan dapat menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia 

yang sehati dan sejiwa.

KASSIM AHMAD MURTAD???


Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. 

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.

ISU PROF DATUK DR MUHAMAD UMcedel .PR MELUDAH KELANGIT


DS Anuar kecewa dengan pemecatan serta merta Profesor Datuk Dr. Mohamad Redzuan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Beliau menyatakan, pemecatan ini bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata-mata untuk mempertahankan kepentingan UMNO.

PKR, PAS DAN DAP LUPA ISU INI KOT .........

BAGAIMANA DENGAN PEMECATAN DATO RAZALI UNISEL?
BAGAIMANA DENGAN PEMECATAN STAF UNISEL? 
BUKANKAH INI JUGA MEROSAKKAN DEMOKRASI ?

Tuesday, July 1, 2014

PAS PECAT LOTFI KERANA BERJIHAD? MAT SABU PULA YANG TAKUT




PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi dimaklumkan mengenai hal ini.

Menurut The Star, Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.

The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.

Seorang lagi militan Malaysia, kata The Star, adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Menurut akhbar itu, Ali dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai beliau ke Syria.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat baru-baru ini menegaskan PAS akan meneruskan perjuangan melalui jalan politik dan pilihan raya dan tidak akan mengiktiraf mana-mana ahlinya yang mengambil jalan selain dari itu."Kita akan teruskan dengan muhajahah silmiyyah (perjuangan secara damai). Oleh itu mana-mana ahli yang memilih jalan lain dari ini tidak akan diiktiraf oleh parti," katanya.

BK : SELEPAS INI USTAZ USTAZ PAS BOLEH TUTUP BAB BAB JIHAD DALAM KULIAH MEREKA. BARU SIKIT DAH PECAT. TAKUT KENA GERTAK DENGAN KAPIAQ DAP KER?

KHASIAT BUAH TEMBIKAI



Pada bulan Ramadhan ini, buah tembikai adalah antara menu berbuka puasa paling popular. Malah ramai betul yang sukakan jus tembikai sebagai minuman berbuka puasa mereka.

Jom kita semak apa khasiatnya buah ini kepada tubuh badan kita.

1. Mencegah penyakit asma

Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

2. Mengawal tekanan darah

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.

Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman

Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan

Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

6. Mengatasi masalah keradangan

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik

7. Mengurangkan kesakitan Otot 

Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

8. Kulit yang sihat 

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat.-wanista.com