Tuesday, July 1, 2014

PAS PECAT LOTFI KERANA BERJIHAD? MAT SABU PULA YANG TAKUT




PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi dimaklumkan mengenai hal ini.

Menurut The Star, Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.

The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.

Seorang lagi militan Malaysia, kata The Star, adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Menurut akhbar itu, Ali dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai beliau ke Syria.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat baru-baru ini menegaskan PAS akan meneruskan perjuangan melalui jalan politik dan pilihan raya dan tidak akan mengiktiraf mana-mana ahlinya yang mengambil jalan selain dari itu."Kita akan teruskan dengan muhajahah silmiyyah (perjuangan secara damai). Oleh itu mana-mana ahli yang memilih jalan lain dari ini tidak akan diiktiraf oleh parti," katanya.

BK : SELEPAS INI USTAZ USTAZ PAS BOLEH TUTUP BAB BAB JIHAD DALAM KULIAH MEREKA. BARU SIKIT DAH PECAT. TAKUT KENA GERTAK DENGAN KAPIAQ DAP KER?