Thursday, July 24, 2014
TIADA CAGARAN ATAU PERJANJIAN KEWANGAN DENGAN PIHAK PEMBERONTAK

Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan.
"Beliau hanya mahu Malaysia mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat itu," katanya kepada pemberita di Kiev hari ini.
Beliau berkata kerajaan Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu.
Pesawat MAS itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis malam.Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.Ia dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga hari ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mengenainya.
Mohd Sukri berkata beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan.Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara."Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.
"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," katanya sambil menambah bahawa pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.
Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.
"Kami bimbang, namun terpaksa melaluinya juga kerana tiada pilihan lain untuk mencari kata pemutus.
"Kami perlu membawa balik mayat mangsa ke pangkuan orang yang tersayang dan perlu mendapatkan kotak hitam, termasuk bangkai pesawat, untuk mencari kebenaran," kata Rosli, yang bertugas dengan syarikat telekomunikasi satelit, Sapura Secured Technologies sebagai pengurus besar (kemudahan dan perkhidmatan rangkaian pengurusan pelanggan).
Rosli berkata ketika rundingan berlangsung, beliau terdengar bunyi beberapa letupan di bandar itu dan meluru keluar daripada bangunan berkenaan, lalu ternampak beberapa bangunan terbakar dari jauh.
Rosli juga menyatakan beliau mendengar bunyi beberapa letupan bom dan tembakan.
"Sebenarnya, kami cuba pergi ke tempat pesawat berkenaan terhempas di Torez bersama anggota kumpulan pemberontak yang mengikut kami dengan menaiki dua kereta kebal, tapi terpaksa berpatah balik apabila melihat dua jet pejuang berlegar di udara," katanya.
Rosli berkata setelah rundingan selesai, pasukan itu dibawa ke sebuah stesen kereta api pada pukul 3 pagi Selasa, di mana mayat mangsa dalam tragedi itu ditempatkan dalam sebuah kereta api.
Katanya mereka diiring pemberontak bersenjata dan keadaan bertukar menjadi tegang apabila dengan tiba-tiba sebuah kereta memintas laluan kenderaan yang membawa kumpulan itu sebaik sahaja tiba di stesen kereta api berkenaan.
"Para pemberontak dengan tergesa-gesa turun daripada kenderaan mereka sambil menghunus senjata dan memekik kepada pemandu kereta berkenaan supaya beredar. Pemandu itu melakukan seperti yang diarah," kata Rosli sambil menambah bahawa pasukan Malaysia itu segera menaiki kereta api berkenaan yang menuju ke Kharkiv.
Beliau berkata sepanjang perjalanan yang memenatkan itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa, selain memohon keselamatan daripada Allah kerana mereka membawa pulang dua 'barang yang amat penting' - mayat 282 mangsa dan dua kotak hitam.
Mereka tiba di sebuah kemudahan ketenteraan pada tengah hari Selasa dan mayat berkenaan diimbas serta ditag sebelum diterbangkan ke Netherlands, katanya.
Rosli berkata kotak hitam itu dihantar kepada pihak berkuasa berkenaan di United Kingdom malam tadi untuk tujuan penyiasatan.
Menurut Rosli beliau menyertai pasukan itu kerana ditugaskan memasang sistem komunikasi radio untuk MKN.Katanya pasukan perunding itu menyembunyian dua kotak hitam berkenaan di dalam dua beg galas agar ia tidak dilihat sesiapa. – Bernama.
Wednesday, July 23, 2014
KE MANA PERGINYA DATO HASSAN MANTAN MUFTI PP?
Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad akan diberi jawatan baharu setelah kontraknya tidak disambung. Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, langkah itu perlu bagi memastikan Pulau Pinang tidak kehilangan tokoh yang berpengalaman.
“Kita tidak mahu kehilangan tokoh yang berpengalaman dalam hal agama.“Malah kita menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikannya sebagai seorang ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp),” katanya kepada media, hari ini.Jawatan Mufti Pulau Pinang kini diisi Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Lantikan Wan Salim telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong bermula 7 Jun lalu
BK : TAWARAN JAWATAN LAGI ATAU TAK BERKENAN DENGAN DATO HASSAN YANG BERJUANG ENAKMEN SYARIAH BERKAITAN PENGUATKUASAAN PERKATAAN YANG DI LARANG DI GUNA OLEH ORANG KAFIR DI PULAU PINANG
HISHAMUDDIN RAIS TUNDUK DENGAN CARA DIPLOMASI NAJIB
Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdiplomasi dengan kumpulan pemisah Ukraine mendapat pujian ramai pihak.
Antaranya, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais yang sebelum ini sering mengkritik pentadbiran Najib dan Barisan Nasional (BN).
"Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak," katanya dalam satu SMS kepada Astro AWANI.
Hishamuddin turut mengkritik kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.
"Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine memembak MH17. Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.
"Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?" katanya.
Pendekatan diplomatik yang digunakan Perdana Menteri turut menerima pujian dari parti pembangkang DAP dan menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.
"DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
BK : NAJIB DAH LAMA BERDIPLOMASI DENGAN PR. NAMUN, PR YANG BIUL TAKUT DENGAN CARA DIPLOMASI NAJIB
KOTAK HITAM TELAH PUN BERADA DI TANGAN MALAYSIA


2 blackboxes in aircraft....
1. DIGITAL FLIGHT DATA RECORDER
2. COCKPIT VOICE DATA RECORDER
BUDAYA BERUNDING ORANG MELAYU.TERINGAT PANGLIMA HITAM THE NAVIGATOR
APABILA KHALID SEKOLAHKAN ANUAR IBRAHIM
Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.
Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.
Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.
Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
22 JULAI 2014
BK : INILAH PADAHNYA BILA ANUAR BUKAN ANAK SELANGOR . MACAM MANA DIA NAK TAHU UNDANG UNDANG TUBUH MACAM KHALID SAMAD JUGALAH. INGAT NEGERI SELANGOR BAPAK DIA PUNYER KE. PI BALIK TOK KUN LA NUAR. JADI PM KEPADA CHEROK TOK KUN.
Subscribe to:
Posts (Atom)
