Wednesday, July 23, 2014

KE MANA PERGINYA DATO HASSAN MANTAN MUFTI PP?

Abdul Malik (kiri) bersalaman dengan Wan Salim selepas sidang media di Komtar, hari ini.

Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad akan diberi jawatan baharu setelah kontraknya tidak disambung. Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, langkah itu perlu bagi memastikan Pulau Pinang tidak kehilangan tokoh yang berpengalaman.


“Kita tidak mahu kehilangan tokoh yang berpengalaman dalam hal agama.“Malah kita menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikannya sebagai seorang ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp),” katanya kepada media, hari ini.Jawatan Mufti Pulau Pinang kini diisi Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Lantikan Wan Salim telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong bermula 7 Jun lalu

BK : TAWARAN JAWATAN LAGI ATAU TAK BERKENAN DENGAN DATO HASSAN YANG BERJUANG ENAKMEN SYARIAH BERKAITAN PENGUATKUASAAN PERKATAAN YANG DI LARANG DI GUNA OLEH ORANG KAFIR DI PULAU PINANG