Wednesday, July 4, 2012

PASCA E 13 : YANG MANA SATU ANWAR: PERSEPSI BERGAMBAR

NAMPAK BAIK NYER DIA...BERSAMA ORG KAMPUNG DI DAPUR.
NAMPAK MESRANYA DIA ...BERSAMA CHINA DOLL
SEDAP NUAR MAKAN
BUKAN DIA KOTT.......

INILAH PERMAINAN PERSEPSI YANG KUMPULAN ANWAR DUK BAWA SEKARANG. MAKAN DI DAPUR. JANGAN BAWA MASUK KERETA MEWAH DALAM KAMPUNG, RENDAH DIRI, NAMPAK WARAQ DLL.FIKIRLAHHHHH

PASCA E 13 : ISU TANAH WAKAF DI SG DUA. APA KAESUDAHANNYA?


" wa yang rancang ini semua ......ini melayu mana tau...

Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengambil tanah wakaf kawasan tapak perkuburan Islam Sg Dua, dengan menawarkan RM1.5 juta yang akan digunakan sebagai tapak komersial.

Pada 7/12/2009 Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP telah mengarahkan membuat pembayaran keatas Nor Hidayah @ Hidayah Bt Md Zain ,no kad pengenalan 351008075088 di atas sekeping cek bernilai $1,581.457.26 berdasarkan tuntutan yang dibuat pada 1/12/2009.

Pelbagai persoalan timbul. Antaranya ialah :

Mengapa tapak perkuburan yang diwakafkan boleh di ambil alih dan pampasan dikeluarkan?

Adakah tindakan ini dibuat tanpa pengetahuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang?

Bagaimana waris boleh mendapat pampasan keatas tanah yang sudah diwakafkan?

Adakah dengan mengambil tapak perkuburan ini,tiba tiba dihalalkan untuk dijual beli.

Persoalan timbul apabila pembayaran jika benar sekali pun diambil alih mengapa tidak dibayar kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.?

atau apakah selanjutnya status tanah ini sekarang?

Tuesday, July 3, 2012

PASCA E 13 : BETTY CHEW TAK MAU ULAS HAL SUAMINYA


BETTY LEBIH SIBUK MENJAGA GUAN ENG DI PENANG DRP MENJAGA KAWASANNYA KOTA LAKSAMANA. MENGAPAKAH BETTY BERADA DI PENANG ? APAKAH BETTY TIDAK RISAU GUAN ENG DI PENANG SEWAKTU BELIAU SEDANG BERBAHAS USUL DI MELAKA?
MAKAN PUN DAH TAK SEINDAH DAHULU? BETTY TIDAK LAGI SEMESRA DULU MELAYAN SUAMINYA GUAN ENG YANG TELAH BELIAU SEDARI AGAK GATAI SEJAK MENJADI KETUA MENTERI.

GADIS YANG MASIH LAGI BERWAJAH AYU. BK PUN BOLEH CAYAQ MCM NI.
KENAPA DAHI GUAN ENG? SEHINGGA SEKARANG TIDAK DIJAWAB?

PASCA E 13 : TIADA RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK DI BATU KAWAN


ketua menteri berlidah biawak sekali lagi gagal mengotakan janji . Sebelum ini beliau beria ia menyatakan bahawa kerajaan negeri bakal membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat pulau pinang. Pembinaan rumah kos rendah yang sepatutnya di bina di kawasan pulau akhirnya di pindahkan ke kawasan bt kawan secara kelompok. lalu selepas ini, kawasan pulau pinang terbahagi kepada dua iaitu kawasan orang kaya di pulau dan kawasan orang miskin dan sederhana di bt kawan.

Sehingga artikel ini ditulis tiada sebuah rumah pun di bina di batu kawan sedangkan guan eng telah pun berjanji tentang perkara ini sejak 6 bulan yang lalu. dimana rumah yang guan eng janjikan?

guan eng terus berseronok membohongi rakyat pulau pinang. sekiranya kita semua berkesempatan pergi ke bt kawan, rumah yang sedang rancak di bina ialah rumah kos sederhana yang bernilai rm 200000 dan ke atas. tiada rumah yang berharga rm 75 000 seperti yang guan eng janjikan.

rakyat pulau pinang perlu sedar. jangan terlalu asyik dibuai mimpi yang guan eng janjikan. walaupun marahkan bn, jangan paksa diri untuk dibohongi oleh guan eng. bolehkah rumah di bina sekelip mata? atau taburkan janji dahulu?

untuk pengetahuan semua, guan eng selalu menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai wang simpanan hampir rm 500 juta. mengapakah wang ini tidak dibelanjakan untuk rakyat pulau pinang? banyak rumah yang boleh dibina. rizab simpanan negeri pula mencecah hampir rm 1.1 billion yang mana rm 800 juta ialah peninggalan bn.

guan eng terus membisu dan gagal dalam mengurus negeri. guan eng membian pulau pinang sebagai sebuah negeri kapitalis moden. beliau mahu melayu , india dan cina miskin berambus dari kawasan pulau dan duk merempat di bt kawan. rakyat sedar akan hal ini. namun, kerana terlalu marahkan bn, mereka sanggup terus dibohongi.

kumpulan wang di satukan kerajaan penang sekarang berjumlah hampir rm 1.3 billion dan 80% adalah peninggalan kerajaan bn.tahun 2010 wang tunai dalam bank oleh kerajaan negeri berjumlah rm 1.5 juta. kenapa tidak dibelanjakan untuk rakyat?

Monday, July 2, 2012

PASCA E 13 : TUNTUTAN SMK ( C) JIT SIN -MANA JANJI LIM GUAN ENG DAP

Tanah telah pun diratakan. Permit kebenaran telah pun diberikan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia

Kaum Cina mengharapkan sesuatu dari kerajaan BN dalam hal pembinaan sekolah ini, namun mereka tidak mengetahui bahawa lim guan eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menganggung sepenuhnya pembinaan sekolah ini

tanah pembinaan sekolah telah pun diratakan. dah hampir 6 bulan tanpa ada sebarang perubahan. temubual yang dibuat dengan beberapa orang pimpinan kaum cina tempatan menyatakan kerajaan perlu membantu pembinaan sekolah ini kerana guan eng jelas berbohong kepada kaum cina seberang perai selatan.

Penang BN and SMJK Jit Sin School Board meeting with Deputy Prime Minister
mesyuarat ahli lembaga pengarah bersama TPM sebelum pembinaan sekolah ini.

Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang hanya mampu memberi rm 100 000 sebagai dana awal kepada pembinaan SMK C Jit Sin cawangan seberang perai selatan.Sumbangan yang diberikan ini amat memalukan DAP kerana sebelum ini beliau pernah mencabar kerajaan supaya memberi permit kebenaran untuk membina sekolah tersebut.Sekiranya kerajaan memberi permit sekolah berkenaan, maka beliau akan membiayai sepenuhnya pembinaan sekolah tersebut.

Berdasarkan hakikat sedemikian, Parti Gerakan dan MCA tidak menghiraukan permainan politik DAP yang menyatakan BN tidak mahu membantu pembinaan sekolah tersebut . DAP harus ingat mereka yang berjanji dan mencabar kerajaan untuk memberi permit sekolah berkenaan. sekarang permit sekolah berkenaan telah pun diberikan oleh kerajaan BN, namun yang membohong kaum cina Pulau Pinang ialah guan eng dan DAP sendiri.

Guan eng lebih suka bermain politik kerana mereka tahu kaum cina amat sensitif dengan isu pendidikan. Justeru, seluruh kaum cina Pulau Pinang perlu sedar bahawa dap yang pro kapitalis tidak menghiraukan kepentingan pendidikan cina. sebagai pengetahuan, sebelum ini Perdana Menteri pernah memberi bantuan RM 15 juta pada september 2011 untuk sekolah sekolah tersebut :

SMJK Chung Ling Butterworth,
SMJK Jit Sin,
SMJK Chung Ling,
SMJK Heng Ee,
SMJK Phor Tay,
SMJK Perempuan Cina,
SMJK Union,
SMJK Convent Dato Keramat,
SMJK Chung Hwa Confucian,
SMJK Sacred Heart, Chung Ling (Private) High School,
Jit Sin Independent High School,
Penang Chinese Girls High School (Private),
Phor Tay (Private) High School dan
Han Chiang High School.

Wang tersebut diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Thursday, June 28, 2012

PASCA E 13 : 10 JULAI KEPUTUSAN CIKGU ABDULLAH KHAIRI SELEPAS MESYUARAT BERSAMA MAIPP


Laporan dibuat oleh  Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

Abu Bakar menyatakan pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.

“Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid,” katanya.

Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.

Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.

surat mohon menyiasat di serahkan kepada pegawai JAIPP untuk di ambil tindakan lanjut

Doa khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Taman Guar Perahu, Permatang Pauh pada 22 Jun 2012 dikatakan mengandungi hasutan untuk mengguulingkan kerajaan 

JAIPP sedang menjalankan siasatan berikutan laporan Buletin Utama TV3 pada 23 Jun dan 24 Jun 2012.

Pada 24 Jun 2012 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) telah mengarahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah SPT menyiasat perkara tersebut.


Pihak JHEAIPP hanya menerima aduan bertulis, daripada anak khariah pada 26 Jun 2012, berdasarkan sepucut surat bertarikh 25 Jun 2012.


Pihak JHEAIPP juga telah menghubungi Pengerusi Khariah untuk mendapatkan maklumat berkaitan, dan juga telah menerima rakaman khutbah yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Khariah berkenaan pada 25 Jun 2012.


Khutbah yang dibacakan khatib jemputan berkenaan adalah berkaitan Israk dan Mikraj serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya.


Siasatan awal JHEAIPP mendapati bahawa khatib telah berdoa seperti berikut :


"Berikan kemenangan kepada jemaah Islam ya Allah, ya Allah hancurkanlah ya Allah kepada orang yang memberikan penindasan, menyeleweng yang menipu ni ya Allah, jatuhkan mereka ya Allah dalam pilihan raya yang akan datang ni ya Allah."

( nawaitu cikgu abdullah khairi membaca doa ini nak ditujukan kepada siapa? kepada PAS? kepada PKR? kepada DAP atau kepada parti ikhwan atau parti di thailand?parti mana yang nak dijatuhkan? Doa yang dibacakan ini mengandungi niat buruk untuk memecah belahkan umat. Abdullah khairi di cabar untuk bertanding dalam pilihanraya di mana mana kerusi dun yang menempatkan calon umno.)



masjid ini telah di tadbir oleh pasukan pakatan yang rakus mahu mendoakan rakan seagama. kepada bakar baikalani dinasihat kepada kapu agar kamu memuhasabah diri kamu. apakah kamu lupa perbuatan kamu yang di belakang tabir melanggar syariat Islam. di dunia kamu boleh berbohong. tapi dengan Allah kamu akan terima balasannya.

kalau kamu nak bertanding atas kerusi pas di sik, kamu boleh berambus dari bumi penang. jangan pecah belahkan umat walupun kamu seroang kakitangan di pejabat agama

Semalam JAIPP telah memutuskan untuk mengeluarkan keputusan hasil siasatan pada 10 Julai 2012 selepas bermesyuarat dengan Malik Kassim yang juga merupakan YDP MAIPP. pelik juga kan, kata nak bagi jawatan YDP ini pada salleh man. 

Timbul tandatanya siapakah yang akan mempengerusikan mesyuarat MAIPP berkaitan keputusan kes abdullah khairi ini?

Apakah JAIIP redho dengan kenyataan malik kassim selaku ydpmaipp bahawa teks khutbah bebas dibaca tanpa mengikut teks khutbah yang disediakan oleh pihak JAIPP?

Apakah abdullah kahiri mempunyai tauliah untuk mengajar di masjid masjid atau menyampaikan khutbah?

Abdullah khairi seorang guru yang suaranya lunak dalam sajak sakaratul maut , namun dia tidak menghayati bait bait sajak yang dibaca olehnya sendiri. inilah yang

pembaca sekalian, abdullah khairi membaca khutbah di bawah tajuk israk mikraj. pesanan buat abdullah khairi seperti pengajaran dalam peristiwa israk mikraj :

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Jangkaan BK keputusan akan berpihak kepada Abdullah Khairi atau dia akan menerima surat teguran sahaja. demikianlah sandiwara pakatan pasa dap dan pkr dalam hal ehwal islam pulau pinang.

Wednesday, June 27, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN DAP PENANG JUAL TANAH RAKYAT TAMAN MANGGIS, JALAN BURMAH


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak menjual tapak tanah rumah kos rendah kepada sebuah syarikat pemaju swasta amat dikesali oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tanah tersebut seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Tanah itu sepatutnya dibangunkan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas fasa pertama sebanyak 320 unit telah disiapkan. Tanah berkenaan akan dibina hospital swasta tetapi ianya tidak memberi manfaat kepada golongan miskin kerana caj yang akan dikenakan sudah pasti mahal dan tidak mampu dibiayai mereka.

 Di bahagian pulau, hospital sudah mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk .Tindakan Kerajaan Negeri yang merancang untuk membina semula projek rumah kos rendah di Batu Kawan diselar kerana di bahagian pulau juga ada tanah yang telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut, namun atas faktor keuntungan dan harga tanah yang mahal, Kerajaan Negeri bertindak menjual tanah kepada pihak swasta.

 Proses penjualan telah dilakukan sejak 2010 dan berdasarkan  lokasinya yang terletak di pusat bandar, nilai hartanah itu boleh mencecah nilai RM30 juta. Penjualan ini membuktikan kerajaan negeri benar-benar mahu menjadikan di bahagian pulau, khas untuk orang kaya sahaja walhal setiap rakyat tanpa mengira latar belakang ekonomi juga mempunyai hak. 

Kerajaan Negeri sepatutnya mencari tanah pihak swasta atau tanah-tanah lain jika bebar-benar ingin membangunkan hospital dan bukannya mengambil tapak tanah yang telah dikhaskan untuk dibina bangunan rumah kos rendah.