Wednesday, June 27, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN DAP PENANG JUAL TANAH RAKYAT TAMAN MANGGIS, JALAN BURMAH


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak menjual tapak tanah rumah kos rendah kepada sebuah syarikat pemaju swasta amat dikesali oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tanah tersebut seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Tanah itu sepatutnya dibangunkan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas fasa pertama sebanyak 320 unit telah disiapkan. Tanah berkenaan akan dibina hospital swasta tetapi ianya tidak memberi manfaat kepada golongan miskin kerana caj yang akan dikenakan sudah pasti mahal dan tidak mampu dibiayai mereka.

 Di bahagian pulau, hospital sudah mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk .Tindakan Kerajaan Negeri yang merancang untuk membina semula projek rumah kos rendah di Batu Kawan diselar kerana di bahagian pulau juga ada tanah yang telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut, namun atas faktor keuntungan dan harga tanah yang mahal, Kerajaan Negeri bertindak menjual tanah kepada pihak swasta.

 Proses penjualan telah dilakukan sejak 2010 dan berdasarkan  lokasinya yang terletak di pusat bandar, nilai hartanah itu boleh mencecah nilai RM30 juta. Penjualan ini membuktikan kerajaan negeri benar-benar mahu menjadikan di bahagian pulau, khas untuk orang kaya sahaja walhal setiap rakyat tanpa mengira latar belakang ekonomi juga mempunyai hak. 

Kerajaan Negeri sepatutnya mencari tanah pihak swasta atau tanah-tanah lain jika bebar-benar ingin membangunkan hospital dan bukannya mengambil tapak tanah yang telah dikhaskan untuk dibina bangunan rumah kos rendah.