Wednesday, June 3, 2015

KIT SIANG DAN LGE GOPOH -MUSTAFA ALI




PAS menyifatkan serangan kasar pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam polemik hudud sejak kebelakangan ini sebagai satu tindakan gopoh, kata Datuk Mustafa Ali. 

Setiausaha agung PAS itu mendakwa, Kit Siang seperti orang politik baharu (political novice) yang sering membuat kenyataan menyerang PAS hanya kerana tidak bersetuju dengan hudud.


"Saya rasa kebelakangan ini kenyataan pemimpin DAP, Kit Siang, Lim Guan Eng, mereka ini gopoh dan tidak sabar.

"Saya rasa hairan bagaimana Kit Siang boleh keluarkan kenyataan 'Save Malaysia Government'. Ini teruk sangat. Nak selamatkan daripada apa?" soalnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, hari ini.