Tuesday, May 26, 2015

HATI HJ HADI BERSAMA UMNO -LGE




Sikap keberatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menunjukkan kecenderungannya terhadap Umno, kata DAP. 

“Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah. 

“Ini menunjukkan walaupun tubuh badan beliau masih bersama Pakatan, hatinya sudah bersama Umno,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas amaran ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan mungkin tidak wujud selepas dua minggu akan datang. 

Kit Siang dipercayai merujuk kepada pemilihan PAS awal bulan depan yang Hadi dilihat masih berpeluang mengekalkan kemenangan. 

Hadi buat pertama kali dalam 13 tahun pentadbirannya berdepan cabaran oleh tokoh ulama PAS Perak Ahmad Awang. 

Guan Eng berkata perpecahan boleh berlaku tetapi mungkin mengambil masa lebih daripada dijangkakan Kit Siang, yang juga bapanya.