Wednesday, April 29, 2015

PRK044 : HANIPA MAIDIN TERUS KURANG AJAR DENGAN TN GURU HJ HADI


AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata presiden PAS perlu turun sendiri ke kawasan Parlimen itu atau membuat kenyataan bagi menasihatkan mereka agar mematuhi keputusan yang dibuat PAS Pusat. 

AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata, presiden PAS itu perlu turun sendiri ke kawasan Parlimen itu atau membuat kenyataan bagi menasihatkan mereka agar mematuhi keputusan yang dibuat PAS Pusat. 

Langkah ini perlu katanya, kerana Pemuda PAS di sana sudah menyatakan dengan jelas yang mereka hanya menerima arahan dari presiden PAS sahaja. 

"Memandangkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dengan secara tidak wajar mengheret nama dan imej presiden PAS bagi menjustifikasi sikap, pendirian dan keputusan beliau tersebut, maka elok juga jika presiden PAS dapat turun ke Pulau Pinang dan menasihati mereka supaya menarik balik tindakan memboikot tersebut yang secara jelas memburukkan imej PAS. 

"Jika sekali pun presiden PAS dengan kesibukan beliau selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia perlu memberi komitmen yang amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, dan mungkin tidak berkesempatan turut sama berkempen di Permatang Pauh, maka saya percaya kenyataan rasmi presiden PAS meminta mereka menarik balik keputusan boikot tersebut, dan turut sama membantu calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, akan menyelesaikan segera kemelut yang tidak sepatutnya timbul ini," kata Hanipa dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini. 

Hanipa mengulas tindakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang mengarahkan semua jentera Pemuda PAS direhatkan dari membantu calon Pakatan Rakyat (PR) dari PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang bertanding di PRK Permatang Pauh.