Thursday, January 29, 2015

TAHNIAH KASTAM DI RAJA MALAYSIA



PUTRAJAYA 26 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun lepas, meningkat 5.8 peratus atau RM2.07 bilion berbanding tahun 2013, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad. "Ini adalah angka tertinggi dalam sejarah Kastam. 

Ia hampir mencapai sasaran kita sebanyak 98 peratus bagi pungutan hasil tahun lalu," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia ke-33 di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mengenai kes rampasan, beliau berkata, sebanyak 5,944 kes bernilai RM726 juta direkod tahun lepas, membabitkan cukai sebanyak RM437 juta. 

"Bilangan kes rampasan telah menurun sebanyak 16 peratus berbanding tahun sebelumnya susulan peningkatan kecekapan Jabatan Kastam dalam aspek penguatkuasaan dan pematuhan," katanya. 

Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beliau berkata jumlah pendaftaran sehingga 21 Jan tahun ini adalah sebanyak 306,887 syarikat. - BERNAMA