Thursday, August 7, 2014

NASARUDDIN TANTAWI BERANG DENGAN PKR DAN LIM GUAN ENG


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap mengamalkan dasar berat sebelah apabila menjadikan isu pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) sebagai alasan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PKR dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) seharusnya turut mengecam tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Tambah beliau, lebih malang projek yang dibiayai sendiri kerajaan Pulau Pinang itu dianugerahkan kepada syarikat Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

"Saya pelik kenapa Tan Sri Khalid dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun kenapa rundingan terus? Namun tindakan Guan Eng ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana Tan Sri Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu timbul sehari selepas PKR membentangkan 'lima dalil' bagi menyokong keputusan parti itu untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain isu Kidex, pendedahan utama berhubung dakwaan salah laku Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut serta menimbulkan 'keraguan munasabah'.

Selain itu menerusi kenyataannya bagi mempertahankan Abdul Khalid, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh sekali lagi membandingkan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor.

"2014 adalah tahun ke enam kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 juta.

"Apakah agaknya yang difikirkan Guan Eng sehingga berani berbelanja besar (projek terowong) dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap Guan Eng ini?" katanya

BK : PAS MULA MELUAT DENGAN PERMAINAN DAP DAN PKR.BARU HANGPA NAK SEDAQ? SAH LAH LEPAS NI HANG NASARUDDIN KENA COP PRO UMNO