Wednesday, August 6, 2014

HANIPA MAIDIN TEMPELAK HJ HADI


Ahli Parlimen dari Pas, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan bahawa pandangan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor adalah pandangan peribadinya.

Hanipa berkata, keputusan tersebut tidak mewakili Pas kerana keputusan tersebut hanya akan dimuktamadkan pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang bakal berlangsung pada 10 Ogos ini.

"Presiden Pas tidak mempunyai kuasa veto.

"Beliau (Abdul Hadi) bukan maksum, jadi keputusan itu hanya pandangan personal beliau.

"Jadi kita tunggu 10 Ogos ini," katanya di Forum: Selangor: Pakatan Berpecah ? di Dewan Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Mohamed Hanipa berkata, Abdul Khalid sepatutnya sedar dan perlu mengundur diri segera kerana beliau telah ditolak oleh PKR.

"Beliau sudah ditolak oleh partinya sendiri," katanya lagi.

Menyentuh hal yang sama, Mohamed Hanipa menambah, kenyataan beliau terhadap Presiden Pas itu adalah kerana beliau lebih menyanyangi keutuhan dalam PR.

"I love my President (Saya sayangkan Presiden Pas), tetapi saya lebih sayang Pas Dan PR," katanya lagi.

Turut hadir dalam Forum tersebut, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) dan aktivis politik, Hishammuddin Rais. - Sinar Harian 

BK : KURANG AJAR PUNYA HANIPA. BERANI LAWAN TAUKE. ORANG TAU LA HANG PRO MAT SABU. PRO ANUAR BRAHIM. TAHU PUN HJ HADI BUKAN MAKSUM. HABIS TU MAT SABU DAN ANUAR MAKSUM?