Wednesday, July 16, 2014

KAK WAN TAK LAYAK JADI MB SEBAB " UZUR SYARIE"




Datuk Seri Wan Azizah Islam tidak sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan. 


Memetik peguam Umnno Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai pakar perlembagaan, New Straits Times (NST) melaporkan walaupun tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita sebagai menteri besar. 


“Ini kerana seorang menteri besar wanita mengalami uzur syarie (haid), terdapat banyak halangan untuknya untuk mengiringi sultan dalam acara keagamaan. 


“Walaupun perkara bawah perlembagaan Selangor sebagai contoh tidak menghalang wanita daripada menjadi menteri besar, tetapi berdasarkan konvensyen, terdapat masalah ekoran keadaan itu,” Mohd Hafarizam dipetik sebagai berkata. 


Menggunakan tajuk “Azizah may not be MB”, NST melaporkan Azizah mungkin tidak mampu menunaikan tanggungjawab melibatkan keagamaan, walaupun layak bawah undang-undang tubuh, yang menyebut keperluan berbangsa Melayu dan beragama Islam. 


NST melaporkan, menteri besar dilantik daripada kalangan lelaki sejak merdeka, dan menyebut bahawa Perkara 51(2) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 merujuk menteri besar dalam bahasa Inggeris sebagai “he” (ganti nama lelaki).