Tuesday, July 15, 2014

ISRAEL, YAHUDI DAN ZIONISME.3 ENTITI BERBEZA



Bani Israel 

Bani Israel ialah keturunan Israel (keturunan Nabi Ya’kub) yang berasal dari anak-anak Ya’kub seramai 12 orang (Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon,Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin) yang dikenali dengan gelaran Al-Asbaat. Istilah Yahudi diambil dari salah seorang anak Nabi Ya’kub. 

Oleh itu, Bani Israel ialah terminologi yang digunakan Allah didalam Al-Quran dalam bentuk khabar (pemberitaan/kisah), yang membawa maksud sebuah bangsa yang menganut agama Yahudi. 

Yahudi 

Di dalam Al-Quran, istilah Yahudi ada digunakan didalam konteks agama: 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka [TQS. Al-Baqarah(2):120]

Istilah Yahudi juga digunakan dalam konteks bangsa bila disampaikan dalam bentuk khabar/kisah: 

Dan Kami bawakan Bani Israil keseberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu):“Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. [TQS. Yunus (10):90] 

Ayat lain yang mengungkapkan Yahudi sebagai aturan agama: 

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil(dengan berfirman):“Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. [TQS. Al-Baqarah (2):83] 

Istilah Yahudi juga diungkapkan kepada Ahli-ahli Kitab: 

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu,sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian) [TQS. Al-Baqarah(2):146] 
Oleh itu, secara umumnya istilah Yahudi boleh membawa 2 maksud: Agama dan juga Bangsa. Bila dikaitkan kepada agama, istilah Yahudi membawa maksud agama Yahudi. Bila digunakan dalam bentuk khabar/kisah – istilah Yahudi membawa maksud bangsa. 

Zionis 
Zionis pula ialah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan Yahudi pada tahun 1897 di Basel,Switzerland. Istilah “Zionis” diambil dari nama bukit Zion – tapak paling suci dalam agama Yahudi – yang kini terletaknya Masjidil Aqsa. Presiden pertama pertubuhan kebangsaan Yahudi ini ialah Dr. Theodore Herzl. 

Siapa pula Ashkenazi Jews? 

90% daripada orang Yahudi di dunia sekarang adalah terdiri daripada bangsa Yahudi Ashkenazi ini. Mereka berasal dari kawasan Khazar (dulu mereka punyai sebuah kerajaan yang menjadi sekutu dengan empayar Byzantine). 

Mereka kini dapat dijumpai telah berhijrah ke negara-negara seperti Amerika, Bohemia, Hungary,Poland, Belarus, Lithuania, Rusia, Ukraine dan juga Romania. 


Jadi, Yahudi Ashkenazi ialah bangsa-bangsa yang menganut agama Yahudi, dan tergolong juga sebagai Ahli Kitab, tetapi bukan berasal dari Bani Israel. 

Negara Israel 

Negara Israel dikatakan sebagai “promised-land” buat orang-orang Yahudi, walaupun ada dikalangan mereka sendiri yang bertegas bahawa adalah haram buat mereka untuk bernegara sebelum “Al-Masih” mereka turun (menurut ajaran-ajaran dalam Judaisme/Talmud). 

Tetapi alasan untuk bernegara buat mereka menjadi kuat apabila berlakunya peristiwa Holocaust selepas perang dunia ke-2 di mana berlakunya pembunuhan Yahudi beramai-ramai(genocide) oleh Nazi Jerman. 

Kewujudan negara Israel sebenarnya adalah dengan izin British melalui Deklarasi Balfour 1917 kerana Yahudi terlibat dalam menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah yang akhirnya jatuh pada tahun 1924. 

Akhirnya, pada tahun 1948 berdirilah negara Israel yang kita kenal hari ini dan berterusanlah konflik-konflik berdarah, pengusiran, dan pembunuhan ke atas kaum Muslimin.