Monday, June 9, 2014

E14 : PULAU BATU PUTIH PERLU DIKEMBALIKAN TITAH SULTAN JOHOR





LEBIH DEKAT DENGAN MALAYSIA .MAKA INI HAK NEGARA MALAYSIA.

ARKIB 

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan sebuah pasukan khas supaya mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh. 

Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.