Thursday, June 12, 2014

E14 : DEMI UNDANG UNDANG SYARIAH PAS DAN UMNO WAJIB BERSATU




PAS bersama UMNO dalam usaha menjayakan pelaksanaan hudud. Kejayaan itu semakin hampir apabila tertubuhnya jawatankuasa Teknikal Hudud antara Pusat dan Kerajaan Negeri kelantan. 

Ini satu permulaan yang baik ke arah pelaksanaan hudud. 

DAP dalam pakatan rakyat dengan tegasnya menolak pelaksanaan hudud diperingkat negeri mahupun persekutuan. PKR cuba mencari helah disebalik kata-kata manis mereka yang bersalut duri. 

Dengan itu bahawa sesungguhnya, agenda untuk melihat Barisan Nasional ditumbangkan pada pru14 adalah satu agenda yang merugikan proses pelaksanaan Hudud. Ianya akan merugikan PAS dan tuntutan Islam. 

Dengan itu, saya menyeru rakan-rakan sekelian, tekadkan dalam diri bahawa diri masing-masing akan memberi sokongan kepada UMNO dan BN pada pru14 nanti demi menjayakan pelaksanaan Hudud. 

Ini kerana, PAS berada dalam pakatan rakyat akan dihalang oleh DAP dan PKR, apabila PAS berusaha untuk menjayakan pelaksanaan hudud.