Wednesday, May 7, 2014

PUSAT URUT CEMERLANG DI SELANGOR

GAMBAR HIASAN

RAWANG – Seramai sembilan tukang urut ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh pasukan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di pekan Rawang, kelmarin.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Ghafor Ahmad berkata, operasi tersebut dijalankan serentak di dua pusat urut berasingan.

Menurutnya, operasi selama empat jam setengah itu berjaya menangkap sembilan wanita warga Vietnam berusia 21 hingga 32 tahun dipercayai tukang urut seks.

“Lima dan empat wanita  masing-masing ditangkap dalam serbuan di premis pertama dan kedua.

“Pada masa sama, tiga lelaki tempatan dipercayai penjaga premis ditahan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua premis ini menawarkan khidmat urutan batin dan badan ke badan (B2B) selain tidak mempunyai lesen yang sah.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas beberapa peralatan mengurut seperti tuala, minyak urut, 24 keping kondom dan sejumlah wang tunai.

Katanya lagi, kesemua yang ditangkap dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 3 UUK Pusat Kesihatan dan Kecantikan serta Seksyen 372 Kanun Keseksaan.