PETALING JAYA - PKR mendesak Jawatankuasa Wang Kira-kira Negara (PAC) dan 
Jabatan Audit Negara segera menyiasat penyaluran dana program 1Azam (Akhiri 
Zaman Miskin) kerana dibimbangi berlaku penyelewengan. 
Pengarah 
Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, menerima laporan daripada pembekal-pembekal 
bahawa berlaku penipuan terhadap kos barangan yang dibekalkan. 
“Saya 
telah menulis surat kepada Datuk Nur Jazlan Mohamad (Pengerusi PAC), Tan Sri 
Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), supaya segera menyiasat keseluruhan 
perlaksanaan skim 1Azam. Saya juga mendesak (Peguam Negara) Tan Sri Ghani Patail 
memastikan pendakwaan hasil kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM) di dalam kes ini dibuat segera demi kebajikan rakyat,” katanya 
pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. 
Katanya, pihaknya faham 
akan sistem ulangan yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara, namun siasatan ini 
perlu disegerakan kerana tidak mahu lebih banyak dana itu diselewengkan. 
Rafizi berkata, idea program ini sesuatu yang baik bertujuan membantu 
keluarga miskin meningkatkan taraf hidup mereka. 
“Namun, jika benar 
terdapat penyelewengan dalam program ini, kerajaan persekutuan patut berasa malu 
kerana membiarkan rakyat miskin diperalatkan untuk kayakan beberapa pegawai yang 
pecah amanah,” dakwanya lagi. 
Ahli Parlimen Pandan itu turut 
mendedahkan, Laporan Tahunan Pemandu 2011 di antara tahun 2010 dan 2011 kerajaan 
persekutuan dianggarkan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program ini. 
Rafizi berkata, pihaknya tidak terkejut apabila Pengerusi Panel 
Rundingan dan Pencegahan SPRM, Datuk Johan Jaafar turut bimbang spekulasi yang 
tersebar bahawa ada campur tangan politik dalam kes itu. 
Terdahulu, SPRM 
menangguhkan dakwaan dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik 
bergelar datuk ditahan SPRM berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta 
melibatkan tiga yayasan. -SH
BK : PULAK DAH. INI KERJA BN UNTUK JAWAB KATA KAWAN BK SEMALAM. 
 
