Tuesday, February 18, 2014

ANAK IBRAHIM LAWAN ANAK ALI

 

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya lebih sesuai sebagai perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.

"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.
 
BK : BELUM CUBA BELUM TAU.  KITA TENGOK BERAPA JUMLAH MAJORITI ANAK ALI DAPAT BILA LAWAN ANAK IBRAHIM INI.PERKASA VS PKR