Thursday, January 30, 2014

ANWAR MACAM CHIPS MORE ...ITU KOT ULASAN TUN M


tun m di bernama radio semalam

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pilihan raya kecil Kajang untuk menunjukkan kebolehan, seterusnya meyakinkan rakyat yang beliau boleh menjadi perdana menteri, kata bekas perdana menteri. 

"Yalah dia memang hendak jadi ketua kerajaan. 

"Tak boleh yang besar, yang kecil sedikit pun bolehlah untuk menunjukkan kebolehan dengan harapan rakyat akan menghargai dan akan memberi kejayaan untuk cita-citanya menjadi perdana menteri. 

"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. 

"Soal apa yang jadi lepas jadi perdana menteri tak penting, (yang penting) jadi perdana menteri," kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Mahathir berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. 

Bercakap kepada pemberita pada sidang media kemudiannya, Dr Mahathir berkata beliau yakin Anwar tetap mahu menjadi perdana menteri. 

MB bukan matlamat sebenar 

Menurut Mahahir, jawatan menyeri besar Selangor yang diintai Anwar seperti diperkatakan banyak pihak bukanlah matlamat sebenar Anwar jika beliau memenangi pilihan raya kecil di Kajang nanti. 

"Satu langkah (dia) nak naik ke ataslah. Itu (jadi menteri besar) bukan matlamat dia," katanya. 

Ditanya tentang perasaannya terhadap gerakan politik terbaru bekas timbalannya itu, Mahathir berkata beliau "tidak seronok" tetapi Anwar berhak berbuat demikian.