Monday, December 23, 2013

KENYATAAN YANG TIDAK KELUAR DALAM MEDIA PR


KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KERJA RAYA
DATUK HJ FADILLAH HJ YUSOF

1. Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. Namun, Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. 

2.Sebaliknya, Kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan menga...mbil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014.

3. Saya juga ingin menjelaskan bahawa sejak tahun 2008, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya:
i. penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya

ii. penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan 7 plaza tol

iii. pengurangan kadar tol yang melibatkan 3 lebuh raya; dan

iv. penstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD.

4. Dalam mempertimbangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, Kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani agar terus mendapat keyakinan pelabur dan supaya tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.