
PUTRAJAYA – Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri 
Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas 
ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor 
MalaysiaGazette.
Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung 
penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan 
rendah.
Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM 
kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.Sementara itu, 
sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas 
SPRM.
Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, 
Camry dan Volkswagen Golf GTI.Kereta-kereta tersebut diletakkan di 
Kompleks D Bangunan SPRM.
BK : JIKA BETUL , KAMULAH PENGKHIANAT AGAMA DAN  BANGSA !!!!WANG ORANG MISKIN KAMU SELEWENG????
 
