Wednesday, September 25, 2013

BERITA PANAS : JOM NIKAH DI THAILAND!!!



Lebih 1,000 rakyat Malaysia bernikah di selatan Thailand setiap bulan 

SONGKHLA 18 Sept. - Dianggarkan lebih 1,000 rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur bernikah di selatan Thailand dalam tempoh sebulan. 

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, jumlah itu termasuk perkahwinan rakyat Malaysia dengan pasangan mereka dari negara asing seperti Thailand, India dan Pakistan. 

Beliau berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan melalui orang tengah atau sindiket. 

Mohd. Faizal memberitahu, pernikahan itu antara lain melibatkan pasangan yang mahu berpoligami tetapi tidak mendapat persetujuan isteri pertama selain terlanjur dan hubungan ditentang keluarga. 

Jelasnya, proses pernikahan yang cepat, mudah dan kos yang rendah turut mendorong rakyat Malaysia dan pasangan mereka bernikah di sini. 

"Rata-rata pasangan yang berkahwin di sini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan paling ramai berumur 30-an. 

"Kebanyakan pasangan ini juga terdiri tinggal di negeri bersempadan Malaysia-Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dengan persatuan 12 buah sekolah dalam wilayah Songkhla semalam. 

Mohd. Faizal berkata, tugas utama Pejabat Konsulat Malaysia di sini adalah bagi memastikan perkahwinan rakyat Malaysia itu mengikut garis panduan disediakan oleh majlis agama Islam di Malaysia dan di wilayah ini, selain mengelak pasangan menjadi mangsa penipuan sindiket. 

BK : SEORNG PUN BELUM LEPAS LAGI NI. SERONOK KE NIKAH LEBIH DARI SATU ? PUAK PAS ELOK JE NIKAH LEBIH DI MALAYSIA.