Wednesday, July 10, 2013

PRU 14 : PRK BESUT SPM VS IJAZAH SARJANA MUDA


 
CALON PAS KELULUSAN  SPM , TETAPI ADA LESEN KONTRAKTOR KELAS A
 

CALON BN , ANAK TEMPATAN BERKELULUSAN IJAZAH KEJURUTERAAN DARI USM
 
Untuk memilih calon bagi sesuatu pilihanraya bukanlah suatu kerja yang mudah, lebih-lebih lagi bagi PRK seperti Kuala Besut ini. Kini kedua-dua parti bertanding sudahpun mengisyhtiharkan calon masing-masing. BN dengan anak tempatan bekas Jurutera berkelulusan Sarjanamuda Kejuruteraan dari salah sebuah universiti tempatan. Manakala Pas menobatkan juga anak tempatan seorang ahli perniagaan kontraktor kelas A, dengan hanya berkelulusan SPM (rujuk Sinar Harian-Edisi Online 10/7/2013).

Mungkin bagi sesetengah kita tidak kisah tahap kelulusan calon yang hendak diangkat, yang penting dari calon parti yang kita sokong dan lebih bagus kalau ada sedikit kedudukan (jawatan) dalam parti. Tetapi bagi sesetengah yang lain mungkin tidak. Faktor tahap kelulusan tetap menjadi pertimbangan.
 
PAS akhirnya pasrah bahawa calon mereka tak semestinya ada kelulusan tinggi macam mat sabu dan mahfuz. jadi kepada pengikut pas izinkan BK nak berpesan lain kali jgn dok kata umno tiada calon berpendidikan . PAS yang dah kosong calon berkelulusan