Wednesday, July 3, 2013

PRU 14 : KEDUDUKAN SAIFUDDIN MASIH TERAWANG AWANG DI SELANGOR


Ketua Umum PKR itu mengumumkan Saifuddin dilantik sebagai pegawai perhubungan politik kepada menteri besar Selangor  sewaktu menggulung perbahasan Kongres Tahunan Nasional ke-9 PKR di Dewan Sivik MBPJ pada hujung Mei lalu.

“Pengesahan berkenaan perlu dijawab sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim," kata Saifuddin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
"Jawatan jurucakap politik itu masih belum diwujudkan di negeri Selangor,”  tambah beliau.

Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali pada awal bulan lalu mendedahkan ada di kalangan anggota PKR Selangor yang kurang senang dengan perlantikan Saifuddin ke jawatan berkenaan.
Azmin memberitahu pelantikan berkenaan seolah-olah meminggirkan pemimpin PKR Selangor yang lain.
Sinar Harian turut melaporkan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin pada Jun lalu belum menerima maklumat rasmi berhubung pelantikan Saifudin ke jawatan tersebut.

Zuraida memberitahu PKR mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Awal bulan lalu, Abdul Khalid memberitahu tugas Saifuddin di pejabat menteri besar Selangor akan diumumkan pada minggu berikutnya namun sehingga kini pelantikan berkenaan masih kabur.
Abdul Khalid membayangkan antara tugas jurucakap berkenaan adalah membantu penglibatan kerajaan negeri dalam pembangunan desa dan luar bandar.

Menteri besar itu turut memberitahu pelantikan Saifuddin bukan lagi ura-ura. Beliau bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama kerajaan negeri selepas Pilihan Raya 2013 di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada Jun tahun ini.

ULASAN BK

PENGERUSI PKR SELANGOR SENDIRI TIDAK SENANG DENGAN PERLANTIKAN SAIFUDDIN YANG TELAH TEWAS DALAM PILIHANRAYA LALU. SAIFUDDIN SEHARUSNYA LEBIH BERANI UNTUK TIDAK MENERIMA APA APA JAWATAN KERANA BELIAU TELAH TEWAS.

KHABARNYA DSAI MAHUKAN SAIFUDDIN DILETAKKAN KE JAWATAN TERSEBUT KERANA MAHU MENYEIMBANGKAN TINDAKAN AZMIN DAN MENGAWAL SOKONGAN AZMIN DIKALANGAN PR DAN PKR SELANGOR.