Tuesday, June 11, 2013

PRU 14 : PKR DAN DAP DAH MULA MENCABAR SPR DAN BN. PAS BILA LAGI?


I) Aziz Bari ketuai KEADILAN cabar pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari akan mengetuai pasukan KEADILAN untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytihar pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar di mahkamah. Pengumuman tersebut dibuat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

“Pindaan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak,” katanya.
Beliau menambah, KEADILAN turut memfail saman terhadap Pengerusi SPR dan Timbalannya serta ahli-ahli SPR kerana gagal melaksanakan penggunaan dakwat kekal.
Tindakan undang-undang tersebut akan dibuat dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang sekarang.
KEADILAN turut memfail petisyen pilihan raya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan dibuat di Suruhanjaya Diraja dan kajian dalaman KEADILAN.

“Tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan,” jelasnya.
Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

“Pasukan KEADILAN yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan,” kata Rafizi.

II) Dakwat Kekal: DAP minta SPR tunjuk surat Kementerian Kesihatan
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menuntut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengemukakan surat yang didakwa dihantar oleh Kementerian Kesihatan untuk membuktikan dakwaan mengenai kandungan logam berbahaya dalam dakwat kekal.
Lim berkata, Aziz harus meletak jawatan sebagai pengerusi SPR sekiranya gagal berbuat demikian, katanya.

Lim merujuk kepada dakwaan Aziz bahawa Kementerian Kesihatan mengeluarkan laporan keselamatan yang memberi amaran mengenai risiko kesihatan yang timbul daripada kandungan lebih satu peratus argentum nitrat dalam dakwat kekal.

Kandungan sebatian itu membolehkan dakwat tersebut kekal apabila digunakan ke atas satu permukaan.

Ketua menteri Pulau Pinang tersebut berkata SPR secara tidak langsung menyalahkan Kementerian Kesiahatan kerana menyebabkan kerugian RM6 juta daripada penggunaan dakwat berkenaan, yang dapat ditanggalkan dengan mudah.

"Jika Kementerian Kesihatan tidak boleh percayakan SPR, bagaimana orang mahu percaya bahawa SPR bersih, adil dan bebas semasa mengendalikan pilihan raya.

ULASAN :

TUGAS SPR NAK JAWAB DAN TUGAS PR NAK LAWAN. ITU ADAT POLITIK DI MALAYSIA. BANYAK YANG DAH JADI TAK RASIONAL. SEMUA IKUT RASIONAL AKAL. SEMUA MAU JADI PM. SAPA MAU JADI RAKYAT.

PR TAK MAU TERIMA TAKDIR!!