Thursday, June 13, 2013

PRU 14 : GERAKAN DAN MCA KENA CARI PEMIMPIN MACAM MENDIANG LIM CHONG EU


Dr Lim Chong Eu seorang tokoh politik Cina yang cukup unggul. Beliau mencipta nama apabila menang jawatan presiden MCA dengan menewaskan Tun Tan Cheng Lock dalam AGM MCA 1958. Waktu itu beliau baru berumur 39 tahun.

Sepanjang memimpin MCA, beliau membuat beberapa perubahan radikal termasuk meminda perlembagaan MCA, menuntut jumlah 40 kerusi parlimen untuk MCA dan mendesak bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan. Kerana tekanan dari luar dan dalam parti, pada 1960 beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA.

Pada tahun 1962, beliau menubuhkan Parti Demokratik Bersatu (UDP) tetapi kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1968, beliau bersama Dr Syed Hussein Alattas menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan partinya menang banyak kerusi dalam PRU 1969 serta membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Lim Chong Eu dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 1969 sehingga 1990.

Selama 21 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak mampu dicabar oleh sesiapa. Tetapi langit tidak selamanya cerah. Dalam PRU 1990, ada seorang ahli politik muda DAP mencabar beliau di DUN Padang Kota dan beliau tewas. Kekalahannya mengejutkan. Nama ahli politik muda DAP itu adalah Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang ke Pulau Pinang pada tahun 1990 adalah untuk menawan negeri itu dalam sebuah grand design yang dinamakan 'Projek Tanjong I'. Gelombang Projek Tanjong I ternyata membangkitkan sokongan mutlak pengundi Cina Pulau Pinang namun usaha beliau gagal untuk menawan negeri itu. Walaupun DAP menang kerusi terbanyak iaitu 14 kerusi, tetapi BN masih menguasai kerusi majoriti iaitu 19 kerusi apabila UMNO mendapat 11 kerusi, Gerakan 7 kerusi dan MIC 1 kerusi.

untuk mengembalikan pulau pinang bermakna mesti ada aliran pemikiran politik bersifat luar kotak dan aliran politik yang yang beridealisme. kita lihat sahaja pengasas parti gerakan. bukankah salah seorangnya ialah tokoh idealisme melayu. fikirkan yang terbaik


SALAH SEORANG PENGASAS GERAKAN .LA MELAYU RUPANYA