Friday, April 5, 2013

PRU 13 : PKR TIADA CALON .JENERAL IMRAN AHLI PAS MEWAKILI TIKET PKR .

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dua kerusi Parlimen iaitu Lumut dan Padang Rengas lewat malam tadi sewaktu berceramah di Gerik

Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut.

Dalam kenyataan anwar berkata “Kita ambil orang yang paling arif tentang tentera laut, kelengkapan pelabuhan, seorang tokoh ketenteraan, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid,” katanya.

Leftenan  Imran memulakan karier ketenteraan sebagai Pegawai Kejuruteraan TLDM dan Universiti Teknologi Mara (UTM), selain menyandang pelbagai jawatan lain.

Left Imran akan berhadapan dengan Dato Kong Chor Ha selaku menteri pengangkutan Malaysia. Left Imran merupakan suami kepada puan hajjah che solehah bekas pengetua di SMK Batu 10 Lekir. Sejarah hitam telah mentakdirkan diri mereka apabila anak mereka terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari kelantan dan kesemua yang berada dalam kereta tersebut kembali ke rahmatullah
 
Laksamana imran menceburi politik selepas pencen kerana tidak diberi ruang untuk memegang jawatan dalam umno di lumut. beliau merupakan ahli pas dan namanya juga disebut sebagai bakal calon dun pasir panjang.
 
namun, anwar telah mencuri hati imran untuk mewakili pkr di lumut. imran sehingga kini merupakan ahli pas dan ketua cawangan pas sitiawan bandar. ini lah bukti jelas anwar mahu dikelilingnya ialah bekas tentera berpangkat agar mudah melakukan sesuatu.