Wednesday, October 3, 2012

PASCA E 13 : GEMPAQ ANUAR MENYERAH KALAH. MINUM TEH BERSAMA NAJIB









YANG MASA ZAMAN DULU DULU


Anwar Tidak Sambut Cabaran Najib Tubuh Kabinet Bayangan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyahut cabaran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan, sebaliknya berkata kabinet bayangan hanya sesuai diamalkan di United Kingdom (UK) dan Australia.

Pendirian Anwar jelas bertentangan dengan kenyataannya pada 2008 bahawa beliau mahu membentuk kabinet bayangan sebagai alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya tidak stabil ketika itu.

"Kabinet bayangan ini tidak menjadi amalan politik di Amerika, Perancis, Thailand dan Indonesia.

"Siapa yang bakal jadi menteri dan timbalan menteri adalah senarai kepimpinan kanan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat) jika mereka memenangi kerusi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Semalam Perdana Menteri mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

-- BERNAMA

RAKYAT BERKELAHI. PEMIMPIN MINUM TEH. TENGOK SAPA YANG DAPAT DULU. MELAYU BERPECAH ISLAM DIPUTAQBELIT.MELAYU OH MELAYU. ISLAM JUGA YANG TERGADAI OLEH MELAYU BERNAMA PAS