Thursday, September 20, 2012

PASCA E 13 : PKR , PAS DAN DAP DAH SIAP TRAILER TRANSFORMER NAK LAWAN BN



PKR KAYO KERANA WANG DARI YAHUDI

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan dana dan khidmat nasihat dari sebuah pertubuhan dari negara Jerman boleh mendedahkan negara dalam bahaya yang boleh menyaksikan campurtangan pihak luar dalam aspek pentadbiran negara ini.

Sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa, pihak NGO yang dikatakan ada kaitan dengan Yahudi itu pasti akan campur tangan mencorakkan pentadbiran negara ini mengikut acuan mereka.

"Sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka siapakah sebenarnya yang akan menjadi tuan kepada beliau. Sudah tentu pemberi dana berkenaan. Mereka tidak mengeluarkan wang tanpa mengharapkan balasan. Anwar Ibrahim hanya menjadi boneka kepada pemberi dana itu."

"Maka jadilah negara kita ini boneka kepada negara luar. Setiap dasar dan keputusan harus ditentukan oleh tuan-tuan di luar negara yang sudah pasti anti Islam,