NGEH KOR HAM DI USIA TUA KELAK?CHIN PENG ADALAH TOK SEDARA NGEH KOR HAM ATAU BAPA SAUDARA. YANG PASTINYA JIWA KOMUNIS TETAP MENGALIR DALAM JIWA KOR HAM
“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung ”. Riwayat : Abu Hurairah r.a
Sayid Qutb berkata, mereka tetap degil kerana dipimpin oleh hawa nafsu dan dikongkong oleh muslihat dan kepentingan. Ramai daripada mereka yang baik hati menyangka bahawa sebab yang menghalang kaum Yahudi dan Nasrani daripada agama Islam adalah kerana mereka tidak mengetahuinya atau agama Islam itu tidak pernah dikemukakan kepada mereka dalam bentuk yang meyakinkan.
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian daripada mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika yang demikian itu adalah daripada golongan orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 145)
Seperti mana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri, maksudnya: Kamu pasti mengikut jejak langkah golongan sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang dhab sekalipun nescaya kamu juga mengikut untuk masuk. Lantas sahabat bertanya: Adakah mereka golongan Yahudi atau Nasara? Jawab Rasulullah s.a.w.: Kalau bukan mereka siapa lagi.
PERINGATAN NABI SAW INI JELAS MENUNJUKKAN SIKAP PAS DAN PKR DAN GEROMBOLAN MEREKA MENYOKONG YAHUDI SEHASTA DEMI SEHASTA AKHIRNYA MASUK KE DALAM LUBANG DHAB.