Friday, August 10, 2012

PASCA E 13 : PANAS!!! DAH NAK MELETUP!!! RAMASAMY VS ( TANASEGARAN DAN RAYER)


Kemelut perbalahan politik dalaman antara pimpinan dap dari kaum india semakin panas. mereka gagal menjaga hak kaum india malah hak tanah kuil juga dikhabarkan telah digunakan untuk kepentingan sendiri. apakah benar dakwaan yang dibuat oleh segelintir kaum india yang peka terhadap agama mereka. Lembaga wakaf hindhu pulau pinang sebelum ini tidak pernah disalahgunakan. namun, selepas yb thana mengambil alih jawatan sebagai pengerusi banyak masalah yang timbul terutama dalam hal ehwal kewangan.

keadaan menjadi rumit, apabila ramasamy telah mengambil jawatan pengerusi lembaga wakaf hindhu dari thana dalam menyelesaikan beberapa perkara yang bersangkutan soal amanah. selepas ramasamy menjawat jawatan sebagai pengerusi lembaga wakaf yang baru, beliau dikahabarkan telah melantik encik ramachandran sebagai pegawai eksekutif di sana . ramachandaran menjalankan tugas dengan baik. beliau mahukan hak penganut agama hindhu dipelihara dan tidak digunakan oleh pimpinan politik untuk diri mereka sendiri.

Barulah BK mendapat punca perbalahan yang berlaku antara pasukan rayer dan thana dengan ramasamy adalah berpunca dari isu lembaga wakaf hindhu apabila thana risau akan pembongkaran kumpulan ramasamy atas kelemahan yang beliau lakukan sewaktu menjawat jawatan pengerusi lembaga wakaf.

rayer +thana adalah gabungan pro karpal . rupanya karpal telah menyerang ramasamy secara halus dari belakang . itu sebab ramasamy pernah hentam karpal dan berlaku perbalahan antara mereka berdua. analoginya mudah iaitu , ramasamy marah kerana karpal seolah olah menjadi bapa angkat yang sentiasa mengiakan kata kata rayer dan thana. kedudukan thana sebenarnya berada di hujung tanduk dalam karier politiknya.

permainan mereka pada asalnya adalah mahukan ramasamy dipecat sewaktu perbalahan antara karpal dan ramasamy. namun, apa yang mereka rancang tidak menjadi kerana masing masing mempunyai rahsia sulit tidak amanah.thana sebenarnya memang mahukan jawatan tkm2 . ramasamy pula mahu dirinya diangkat sebagai pemimpin india terunggul dan tiada kuasa lain selain dari dirinya. inilah polimik mengejar kuasa yang sedang berlaku di antara pimpinan dap dari kaum india yang berjaya menjadi yb. akhirnya, nasib kaum india tidak dipelihara.

ok. BK rasa cukup sekadar ini. banyak lagi yang berlaku antara mereka. apa??? ada kaitan dengan SPRM? siapa yang kena siasat? rasanya sangkut? tapi coolllll