Monday, May 21, 2012

PASCA E 13 : LAPORAN POLIS DAP MERASUAH TUNKU AZIZ














Kiriman : Ahli Ngos Pulau Pinang

Laporan ini dibuat berdasarkan laporan yang ditulis dalam akhbar berbahasa Inggeris The Star yang bertarikh pada Rabu 16 May 2012, tulisan Wong Sai Wan yang berkiatan dengan pengakuan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Dalam tulisan akhbar The Star, Tunku Aziz ada membuat pendedahan yang dia telah ditawarkan oleh Setiausaha Agong DAP dengan jawatan Fellow Kanan di Penang Institut dan selepas itu ditawarkan habuan sebanyak RM50,000 jika Tunku Aziz setuju menerima jawatan tersebut.

Oleh yang demikian tawaran ini boleh dianggap sebagai suatu perbuatan merasuah Tunku Abdul Aziz, oleh Setiausaha Agong DAP Sdr. Lim Guan Eng dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Zairil Khir Johari, kerana untuk memujuk Tunku Abdul Aziz supaya tidak keluar dari parti DAP.

Perbuatan yang mempunyai unsur jenayah rasuah ini, perlu disiasat oleh pihak polis, kerana ia boleh mencemarkan nama baik Tunku Abdul Aziz, sebagai salah seorang bekas Pengerusi Transparency International di Malaysia.

Saya memohon pihak polis membuat siasatan terperinci, terhadap Setiausaha Agong DAP dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, di atas dakwaan perbuatan jenayah ini.

Sekian terima kasih.