Tuesday, May 29, 2012

BERITA SEMASA : PERPINDAHAN PENDUDUK KE LUAR DARI PULAU PINANG MEMBIMBANGKAN

Oleh : Azira

29 Mei- Pinang Tunggal. Laporan yang menyatakan bahawa terdapat sejumlah 18,000 orang Melayu dan kaum lain berpindah keluar dari bahagian pulau di Pulau Pinang amat membimbangkan penduduk setempat.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku perpindahan beramai-ramai dalam masa 3 tahun ini adalah kerana harga rumah yang mahal, dan tiada rumah kos rendah atau rumah mampu milik di bahagian pulau.

Menjadi kesukaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk menggalakkan pembinaan rumah mewah dengan harga mencecah jutaan ringgit, sedangkan dasar kerajaan negeri yang dilaung-laungkan adalah menjaga kebajikan rakyat.

Adakah ini salah satu daripada strategi DAP untuk menghalau orang Melayu dari bahagia pulau? Jika ini perkara yang tersirat, bermakna DAP bukanlah sebuah parti yang mengutamakan rakyat terutamanya orang Melayu dan golongan miskin. DAP hanya menjadi alat kepada golongan kapitalis dan pemaju yang kaya raya.

Menurut Kamal salah seorang penduduk tempatan, mereka menyatakan pembinaan rumah kos mewah pada hari ini adalah disebabkan kesediaan kerajaan negeri yang lebih mementingkan golongan elit daripada golongan bawahan. Kerajaan negeri mampu menutup mulut rakyat dengan memberikan wang RM 100 dan pelbagai bentuk one off kepada pengundi sahaja. kami penduduk di Pinang Tunggal juga kecewa kerana bantuan one off hanya untuk pengundi. Anak Emas, sumbangan kepada waris si mati, warga emas dan sebagainya hanya untuk pengundi. Penduduk yang membeli rumah di Pulau Pinang tetapi tidak mengundi, tidak layak menerima sebarang bentuk bantuan kerajaan negeri.