Wednesday, May 30, 2012

BERITA SEMASA : CYBER CAFE BAGAI CENDAWAN TUBUH DI BANDAR TASEK MUTIARA.BUKTI KEGAGALAN MPSP

LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA

LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA

LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA

Oleh : Azira

30 Mei - Tasek. Penduduk tempatan merasa kecewa kerana setiap aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan pembukaan cyber cafe di Bandar Tasek Mutiara tidak dilayan dan di ambil perhatian. Apa yang merisaukan penduduk ialah, cyber cafe tersebut di buka pada awal pagi dan di tutup sehingga lewat pagi.Berdasarkan tinjauan yang dilakukan. cyber cafe dikunjungi oleh pelajar -pelajar sekolah rendah dan menengah. Rata-rata mereka berada di dalam cyber cafe berkenaan antara 2 hingga 4 jam . Mereka menjadikan cyber cafe berkenaan sebagai pusat permainan dan bukannya mencari bahan pembelajaran. Ada juga yang menonton dan melayari laman-laman yang kurang sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.

Temubual yang kami jalankan, menunjukkan rata-rata pengunjung ialah pelajar dari SK Bandar Tasek Mutiara, SMK Bandar Tasek Mutiara, SK Seri Tasek, SMK Tasek Permai dan SMK Simpang Ampat. Mereka menyatakan tujuan mereka datang ke cyber cafe ini adalah untuk melayari ruangan pendidikan. Namun, apa yang kami lihat mereka bukannya melayari laman pendidikan, tetapi bermain dan menonton filem dari laman web.

Wang dibazirkan dengan begitu mudah. Dalam tempoh sehari ada dikalangan pengunjung menghabiskan RM 5 hingga RM 10 duduk di cyber cafe berkenaan. Menurut Puan Aminah salah seorang waris yang ditemui, beliau menyatakan tinjauan dan tindakan tegas perlu di ambil oleh pihak berkuasa. MPSP lebih berkuasa mengawal lesen pengusaha cyber cafe berkenaan sekiranya pengusaha gagal mengikut perjanjian perniagaan yang ditetapkan. Kita faham, pengusaha juga ingin berniaga, namun apa yang kami risaukan ialah limpahan murid di cyber cafe tersebut.

Berdasarkan maklumant, pihak Pejabat Pelajaran daerah, PDRM dan PIBG sekolah yang terlibat pernah melakukan serbuan bersama, namun kata mereka kuasa lesen ialah di bawah MPSP. BK melihat isu ini sebagai petanda yang kerajaan negeri gagal menyelesaikan masalah rakyat.