Monday, April 23, 2012

PASCA E 13 : BADARKHUBRO MENERUSKAN PERJUANGAN


semalam sehari suntuk PM berada di sekitar nibong tebal. pengumuman besar sebanyak RM 8.5 juta untuk penduduk nibong tebal dan peruntukan besar untuk sebuah sekolah  rendah agama integrasi simpang tiga telah diluluskan oleh PM. RM 1.5 juta untuk anak -anak simpang tiga belajar dalam keadaan selesa. Kaum Cina dan india pula diberikan RM 5 juta iaitu RM 3 juta untuk pembinaan Dewan di Taman Berjaya Nibong Tebal dan RM 2 juta menggantikan bumbung rosak bagi kaum cina dan india seluruh nibong Tebal. Kesungguhan PM semalam memberikan impak besar untuk BN Pulau Pinang.

Namun, perhatian serius harus diberikan kepada strategi mengambil semula Pulau Pinang. Strategi dan susunan calon perlu tepat . ianya terletak kepada Pengerusi BN yang baru ialah setiausaha Parti Gerakan. Teng Hock nan dan Koh Tsu Koon bersedia berundur kerana faktor umur dan faktor tidak diterima pengundi. bagaimana pula dengan mca, mic dan umno?