Wednesday, February 1, 2012

PASCA E13 : BONGKAR YAYASAN SELANGOR ROMPAK WANG RAKYAT UNTUK BIAYAI PEMIMPIN PAS

PROKSI YANG MENDAPAT KEPENTINGAN

DR ZULKIFLI AHMAD


SUMBER DALAMAN :
YAYASAN SELANGOR MINTA NAFIKAN.

wang rakyat selangor telah dihadiahkan kepada pimpinan kanan PAS iaitu yang pertama, melalui kaedah melaksanakan program, Yayasan Selangor telah berbelanja sebanyak RM1.2JUTA untuk Dr. Zulkifli Ahmad. Kaedah-kaedahnya kita cerita kemudian. Dan yang kedua ialah, dengan mengguna kaedah yang sama, sebanyak RM1.8JUTA turut dibelanjakan untuk Dr. Hatta Ramli. Semua perbelanjaan ini telah dihabiskan dalam masa tempuh 2 bulan sahaja.

Dikhabarkan bahawa dalam pembahagian harta kekayaan negeri Selangor, parti-parti dalam PR dibahagikan untuk “memiliki” beberapa institusi untuk kepentingan parti masing-masing untuk melaksanakan program-program bagi menjamin mereka terus dapat bertapak di negeri Selangor. Dan untuk ini, Yayasan Selangor adalah antara agensi yang di”berikan kepada PAS.

Keadaan menjadi semakin runsing apabila dikhabarkan bangunan Yayasan Selangor yang terletak ditempat amat strategik di Jalan Bukit Bintang bakal (ada yang kata sudah) berpindah tangan kepada proksi DAP. Menurut risikan perpindahan dana sebanyak RM6000JUTA akan terlibat dalam memindahkan harta Yayasan Selangor kepada sebuah “agensi/syarikat milik Cina”.