Monday, January 23, 2012

PASCA E 13 : SELAMAT TAHU BARU CINA ; TUAH SI NAGA AIR



tahun ini bagi masyarakat cina mereka meraikan sambutan tahun baru dengan berlatar belakangkan kepercayaan kepada giliran naga air pula. kata kawan BK tahun ini tahun ong tapi ianya perlu persamaan dengan tahun kelahiran diri seseorang. apapun BK mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina bagi semua kaum cina di Malaysia. Apa yang menarik di sini, kaum cina menyambut tahun baru mereka dengan sembahyang pada hari sebelum malam tahun baru. Jam 7 petang , semua sanak saudara akan berkumpul untuk makan besar ( makan petang). lepas tu BK tengok mereka akan berbual mesra, bertanya khabar dan kemuncak malam tahun baru mercun dibunyikan. di sepanjang restoran makanan cina yang terletak di seberang jaya penuh sanak saudara cina meraikan jamuan makan sekeluarga.

Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
  • 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
  • 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
  • 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
  • 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
  • 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
  • 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
  • 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
  • 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
  • 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
  • 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
  • 2024 - 2025: Naga Kayu
  • 2036 - 2037: Naga Api
Sifat  keserasian
Kedudukan zodiakke-5

Waktu naungan
7 – 9 pagi
Mata anginTimur-tenggara
Musim dan bulanMusim bunga, April
Bulan qamari5 April hingga 5 Mei
Zodiak Barat yang bersamaanAries
PolaritiYang
UnsurKayu
Sifat positifMulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Sifat negatifTidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka
Paling serasiTikus, Monyet, Ular, Ayam
Sederhana serasi
Naga, Khinzir, Lembu
Tidak serasi
Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing


**kalu guan eng lahir tahun kuda/harimau/kambing/arnab/anjing jawabnya tahun ni dap boleh bungkus.

Ok cukup sekadar ini berdasarkan pembacaan BK dan bertanya pada kawan-kawan CIna selama 2 hari tak menulis. setelah mentelaah budaya cina , terfikir di dalam ruang fikiran BK, Melayu ada tahun baru tak ? Jawapannya ada iaitu Tahun Baru Hijrah. Ini bagi kes Melayu di Malaysia sahaja. Melayu indonesia tak sama dengan melayu di malaysia. Di malaysia Melayunya adalah islam bertepatan dengan maksud melayu dalam perlembagaan persekutuan perkara 160 (2).

Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam kedua-dua takrifan di atas. Pertama, untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam.

RAMALAN  TENTANG TAHUN NAGA AIR :

1. TAHUN PENCERAHAN DAN MERUPAKAN TAHUN YANG MEMBERIKAN KEBAIKAN

2.TAHUN YANG MENJERNIHKAN DAN MENDINGINKAN KEADAAN. ( DALAM HATI BK APAKAH HUBUNGAN PAS UMNO DAN DAP BN AKAN MENJADI REALITI?)

3.DALAM BENTUK BENCANA ALAM , MEREKA MERAMALKAN AKAN BERLAKU KEJADIAN ALAM LUAR BIASA BERKAITAN AIR SEPERTI BANJIR ATAU TSUNAMI ATAU YANG BERKAITAN DENGANNYA

4.URUSAN EKONOMI DAN PASARAN HARTANAH BERTAMBAH BAIK.
(Antara kawasan di mana tahap harga hartanah dijangka menyederhana- Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang.Hartanah sekitar Kuantan pula dijangka mengalami sedikit tekanan pasaran.Bagi pelaburan hartanah- -lokasi yang dikenalpasti kaedah Feng Shui sekitar Johor, Sabah dan Pulau Pinang yang dijangka terus berkembang.

5. URUSAN POLITIK LEBIH TENANG ( APAKAH MCA, GERAKAN , DAP DAN CINA PKR AKAN KURANG BERKONFRANTASI UNTUK TAHUN INI ?)


AKHIRULKALAM JANGAN LUPA 28 JANUARI INI ADA PERHIMPUNAN SEJUTA UMMAH DI DEWAN BUDI PENYAYANG KEPALA BATAS
Kawasan lain pula- -pelabur harus bersabar sehingga harga pasaran hartanah kembali melonjak sekitar Ogos ini.)