Sunday, September 25, 2011

GUAN ENG LAKNATULLAH NAK SAMAN BERNAMA PULA


GEORGE TOWN -
Bernama dinasihatkan supaya memohon maaf atau bersedia menghadapi saman fitnah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian sebagai respons pada laporan Bernama semalam antara lain menyebut 'Lim, yang juga setiausaha agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan, berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang diculik sangat mudah berbanding dengan Pulau Pinang'.

"Saya tidak pernah menyebut perkataan 'Johor' dalam temubual saya di Stesen Radio ABC, dan saya ada dua orang saksi untuk mengesahkannya", katanya di Komtar.Ketika ditemuramah oleh radio Australia Broadcasting Corporation (ABC) Selasa lepas, beliau antara lain mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan terbaik di Malaysia.

Pada wawancara langsung itu, beliau turut memberi pandangan yang berbeza mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."Perkara yang saya sebut adalah untuk mempromosikan Pulau Pinang dan berkenaan ISA", jelasnya lagi.

Justeru, beliau berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar dihormati walaupun timbalan perdana menteri itu menuduh beliau cuba sabotaj nama baik Johor sebagaimana dilaporkan dalam beberapa akhbar hari ini.Ini kerana katanya, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tanpa asas itu berdasarkan laporan Bernama yang didakwa berunsur fitnah.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa insiatif Bernama itu memberi isyarat bahawa pilihan raya umum ke-13 kian hampir. - MHT

SAMAN SAHAJA GUAN ENG KALAU BERANI. TAK MAU CAKAP BANYAK. LU DAH SAMAN UTUSAN 11 JUTA. LEPAS NI SAMAN BERNAMA 19 JUTA. BARU DAPAT COVER BAYAR SAMAN UMNO RM 30 JUTA KE ATAS LU.WA TUNGGU LU SAMAN. KALAU ADA TELUQ PI SAMAN BERNAMA. JANGAN CAKAP SAJA MA.....