Monday, September 5, 2011

ANTARA YANG SEMPAT TEMAN LAKARKAN TENTANG ISI HATI NURUL NUHA



Saya setia kepada Raja & Negara tetapi seringkali tertanya, adakah orang yang memerintah negara ini (parti-parti politik yang memerintah; Raja hanya raja berperlembagaan saja) setia kepada mandat yang diberikan kepada mereka semasa pilihanraya?

Saya akui keluhuran perlembagaan, tetapi adakah ianya perlu dipinda sebanyak 42 kali setelah 48 tahun ia digubah? Mari kita bandingkan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat  yang hanya dipinda sebanyak 27 kali sahaja  setelah digubah pada tahun 1727.

Saya akur kepada kedaulatan undang-undang, tetapi adakah orang lain terutamanya mereka yang berkuasa turut akur juga?

Saya percaya manusia yang beradab itu perlu mengendalikan diri dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Tetapi adakah kita terutamanya yang berkuasa melayani satu sama lain dengan sopan dan susila?

Pertimbangan cermat atas jawapan-jawapan kepada soalan-soalan retorika di atas mendesak saya pada masa kini untuk mendukung visi Parti Keadilan Rakyat yang bertujuan:
  1. Mewujudkan Satu Negara Madani” untuk menjamin keadilan untuk semua rakyat.
  2. Melaksanakan “Agenda Ekonomi Malaysia” yang bersifat inklusif bagi menjamin keadilan sosial untuk semua agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir dan mundur.
  3. Menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan “Badan Pencegahan Jenayah” yang lebih berkesan yang bebas dari pengaruh politik dan rasuah.
  4. “Mengurangkan Beban Hidup” rakyat dengan antaranya menurunkan harga minyak, tol dan lain serta memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM1,500.
  5. “Mencipta Harapan Baru” dengan antaranya, menjamin pendidikan percuma

APAKAH INI MANIFESTO NURUL NUHA PADA ORANG NIBONG TEBAL DALAM PILIHANRAYA KE 13? AKAN DIBONGKARKAN.